Universiti Liberal Arts tempat ketiga

KLANG - Wakil Bangladesh, Universiti Liberal Arts mengatasi Universiti Christ dari India dengan 47 larian untuk menduduki tangga ketiga dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval di sini pada 9 Jun 2012.
 
Dengan hanya menghabiskan 38.1 over, Universiti Liberal Arts menokok 238 larian untuk berkedudukan selesa bagi lawan mengejar matlamat pada sesi petang.
 
Apa pun, wakil India tidak berkemampuan dan menamatkan misi setakat 191 larian dalam 47 over.
 
Penentuan juara berlangsung 10 Jun 2012 di gelanggang sama dengan tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia menentang juara bertahan, Universiti Colombo dari Sri Lanka.
 
''Setakat pusingan awal nampaknya UKM memiliki kelebihan tetapi aksi dan keadaan gelanggang pada hari perlawanan bakal menentukan juara musim ini,'' kata bekas pemain kebangsaan dan referi perlawanan akhir, Alwi Zaman.
 
PENENTUAN KETIGA
 
Universiti Liberal Arts (Bangladesh) kalahkan Universiti Christ (India) dengan 47 larian.
Universiti Liberal Arts 238 (38.1 over) Izal Ahmed Khan kekal 100, Md. Hasan Jaman 66, Anjum Ahmed Jassy 24, Abu Taleb Miazi 13.  Raju Kalal 3-39, Yash Chopra 2-43, Varun Vickraman 2-57.
Universiti Christ 191 (47 over) Jasmeet Singh 60, Yash Chopra 31, Chetan Manikchan 31.  Morsalin Mortaza 2-9, Tanmoy Roy 2-33, Md. Hedayet Ullah 2-42, Anjum Ahmed Jassy 2-53.
Pemain terbaik: Izal Ahmed Khan (Universiti Liberal Arts).

BABAK AKHIR
(10 Jun 2012)

Universiti Colombo lwn UKM
(Bayuemas Oval, 10 pagi)