UKM, Universiti Colombo ke separuh akhir

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengukir kemenangan besar, sembilan wiket ke atas Universiti Christ dari India untuk mara ke separuh akhir Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 7 Jun 2012.
 
Dengan kemenangan berkenaan, UKM selaku juara kumpulan B akan menentang Universiti Liberal Arts (Bangladesh) dalam penentuan ke final di Bayuemas Oval pada 8 Jun 2012 manakala juara A, Universiti Colombo (Sri Lanka) bertemu Universiti Christ di Kinrara Oval.
 
''Ia kemenangan mudah dan kami akan memburu kemenangan besar dalam separuh akhir kelak,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.
 
Dalam pertemuan di UKM Oval, Universiti Siam (Thailand) memenangi pertemuan dengan Universiti Kebangsaan Singapura dengan 47 larian.
 
''Kami amat berharap untuk bertemu UKM dalam babak akhir Ahad ini. Pertemuan antara kedua-dua pasukan bakal menghidangkan aksi tinggi dalam permainan kriket,'' kata jurulatih Universiti Colombo, Senarath Alwis.

 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Colombo (Sri Lanka) menang percuma ke atas FAST Islamabad (Pakistan).

 
Universiti Siam (Thailand) kalahkan Universiti Kebangsaan Singapura dengan 47 larian.
Universiti Siam 183 (45 over) Robert Vinay Raina 67, Faisal Mir 38, Shafiqul Haque Titas 21, Rohit Jassal 19.  Bharath Ananthnarayana 3-55, Aswath Kowligi Balaji 2-9, Shriram Venkatesan 2-40.
Universiti Kebangsaan Singapura 136 (44.1 over) Vidyuth Kadiresan 69, Bharath Ananthnarayana 16, Rajiv Chandrasekar 12.  Ashraful Alam Siddique 5-24, Ziaul Hoque 2-43.
Pemain terbaik: Ashraful Alam Siddique (Universiti Siam).
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Christ (India) dengan 9 wiket.
Universiti Christ 165 (40.2 over) Jasmeet Singh 44, Sajeel Anees 32, Atiqulla Khan 30, Eshwar Vermala Subramanya 22, Raju Kalal 19.  Haziq Zainuddin 4-45, Nik Azril Ariffin 3-28.
Universiti Kebangsaan Malaysia 166-1 (20.3 over) Shafiq Shariff kekal 100, Haziq Zainuddin 53.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (Universiti Kebangsaan Malaysia).