UKM selesa atasi Universiti Siam

KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia meneruskan misi memuncakkan prestasi dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa apabila mengatasi Universiti Siam dari Thailand dengan 180 larian di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 Jun 2012.
 
Tanpa belas kasihan UKM mengumpulkan 283-9 untuk terus memberikan tekanan kepada lawan apabila menghitung pukulan pada tengah hari.
 
''Kami akan memastikan pertemuan ketiga dalam kumpulan B esok memberikan kemenangan ketiga kepada UKM bagi mengekal kegarangan dalam separuh akhir kelak,'' kata pengurus pasukan, Fairus Shafie.
 
Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula tumbang dengan empat wiket kepada Universiti Liberal Arts dari Bangladesh di UKM Oval walaupun melakukan 236-4 dalam peruntukan 50 over.
 
Di Kinrara Oval, Universiti Christ dari India mengetepikan Universiti Kebangsaan Singapura dengan 265 larian.
 

KEPUTUSAN:
 
Universiti Liberal Arts (Bangladesh) kalahkan Universiti Teknologi MARA dengan 4 wiket.
Universiti Teknologi MARA 236-4
(50 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 84, Tajudin Ismail 52, Syahadat Ramli 40, Nik Hasyim Muhammad 22, Hariz Darus kekal 13, Azman Tajri kekal 13.
Universiti Liberal Arts 240-6 (38.2 over) Izal Ahmed Khan 76, Anjum Ahmed Jassy 64, Ashik Chowdhury 52, Md. Hasan Jaman 25.
Pemain terbaik: Izal Ahmed Khan (Universiti Liberal Arts).
 
Universiti Christ (India) kalahkan Universiti Kebangsaan Singapura dengan 265 larian.
Universiti Christ 325-9
(50 over) Sajeel Anees 67, Yash Chopra 56, Jasmeet Singh 53.  Vidyuth Kadiresan 4-78, Bharath Ananthnarayana 2-46.
Universiti Kebangsaan Singapura 60 (21.4 over) Rajiv Chandrasekar 19, Bharath Ananthnarayana 10.  Raju Kalal 3-6, Yash Chopra 3-14.
Pemain terbaik: Yash Chopra (Universiti Christ).
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Siam (Thailand) dengan 180 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 283-9
(50 over) Shafiq Sharif 65, Faizal Abu Hassan 44, Faiz M. Noor 32, Suhan Kumar Alagaratnam 31, Fikri Makram Rosdi 29, Aminudin Ramly 18, Nik Azril Ariffin 17, Faris Almas-Lee 13.  Shafiqul Haque Titas 3-46, Rohit Jassal 2-26.
Universiti Siam 103 (21.4 over) Shafiqul Haque Titas 63, Rohit Jassal 10.  Shahrulnizam Yusoff 4-38, Faruq Hakimin Azmi 2-5, Nazril A. Rahman 2-26.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (Universiti Kebangsaan Malaysia).