Universiti Colombo capai kemenangan kedua

KUALA LUMPUR - Juara tahun lalu, Universiti Colombo meneruskan rentak cemerlang dengan kemenangan mudah 216 larian ke atas Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval pada 5 Jun 2012,
 
Setelah mengumpulkan 382-7, Universiti Colombo yang membariskan barisan pembaling bertenaga telah mengehadkan kemaraan UiTM setakat 166 dalam 45.5 over dengan pemukul perkasa, Rasul Iqbal Ghazali mengetuk 31 larian.
 
''Kami akan memastikan kemaraan hingga ke babak akhir,' kata jurulatih Universiti Colombo, Senarath Alwis.
 
Dalam satu lagi perlawanan di Kinrara Oval, Universiti Christ dari India membenam Universiti Siam dari Thailand dengan tiga wiket.
 
Universiti Liberal Arts dari Bangladesh pula menang percuma ke Universiti FAST dari Pakistan di Bayuemas Oval.
 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Christ (India) kalahkan Universiti Siam (Thailand) dengan 3 wiket.
Universiti Siam 155
(41.3 over) Rohit Jassal 54, Robert Vinay Raina 24, Faisal Mir 15, Vichanath Singh 15, Ziaul Hoque 13, Kanon Kumar 11.  Yash Chopra 5-23, Raju Kalal 2-18.
Universiti Christ 156-7 (32.5 over) Atiqulla Khan 75, Ashwin Kumar 24, Sajeel Anees 21.  Vichanath Singh 4-32, Ziaul Hoque 2-24.
Pemain terbaik: Yash Chopra (Universiti Christ).

Universiti Colombo (Sri Lanka) kalahkan Universiti Teknologi MARA dengan 216 larian.
Universiti Colombo 382-7
(50 over) JPCB Rajapakse 92, AGCS Wijewardena 65, HBM Ariyaratne 62, PAJ Munidasa kekal 55, HPN Kondituwakku 43, KUD Vineetha 23.  Bakri Amin Zulkifeli 2-57, Faeiz Redzuan Tarmizi 2-64.
Universiti Teknologi MARA 166 (45.5 over) Rasul Iqbal Ghazali 31, Tajudin Ismail 22, Nor Azli Karim 19, Bakri Amin Zulkifeli 17, Azman Tajri 16, Hariz Darus kekal 13.  WNM Fernando 3-29, PAJ Munidasa 2-28.
Pemain terbaik: JPCB Rajapakse (Universiti Colombo).

Universiti Liberal Arts (Bangladesh) menang percuma ke atas FAST Islamabad (Pakistan).