Juara bertahan dan UKM menang hari pertama

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Colombo memulakan kempen dengan bergaya apabila menewaskan Universiti Liberal Arts dari Bangladesh dengan 67 larian dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Kinrara Oval dekat sini pada 4 Jun 2012.
 
Ternyata angka dikumpulkan pasukan dari Sri Lanka itu berjumlah 251-6 gagal dimanfaatkan oleh wakil Bangladesh itu apabila hanya berupaya memukul setakat 184 larian.   
 
''Kemenangan ini memuncakkan semangat untuk kami memenangi perlawanan kedua menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) esok (hari ini),'' kata jurulatih Universiti Colombo, Senarath Alwis.
 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula mudah membelasah Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval.
 
Apa pun UiTM tenang dalam pertemuan pertama apabila menang percuma ke atas wakil Pakistan, FAST dari Islamabad.

 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Colombo (Sri Lanka) kalahkan Universiti Liberal Arts (Bangladesh) dengan 67 larian.
Universiti Colombo 251-6
(50 over) JPCB Rajapakse 79, JAK Karunarathna 68, HBM Ariyaratne 34, KMB Sadaruwan 20, HPN Kondituwakku 15, AGCS Wijewardena kekal 10.  Morsalin Mortaza 3-49, Anjum Ahmed Jassy 2-27.
Universiti Seni Liberal 184 (44.2 over) Mahmudur Rahman 56, Izal Ahmed Khan 38, Anjum Ahmed Jassy 21, Asif Pathan Sazzad 13, Abu Taleb Miazi 12, Morsalin Mortaza 10.  KUD Vineetha 3-20, PAJ Munidasa 3-34.
Pemain terbaik: JPCB Rajapakse (Universiti Colombo).

Universiti Teknologi MARA menang percuma ke atas FAST Islamabad (Pakistan).

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Kebangsaan Singapura dengan 9 wiket.
Universiti Kebangsaan Singapura 108
(35.3 over) Vidyuth Kadiresan 23, Rajiv Chandrasekar 23, Adhir Murli Menon 14.  Shahrulnizam Yusoff 4-14, Faruq Hakimin Azmi 3-7.
Universiti Kebangsaan Malaysia 111-1 (8.3 over) Shafiq Sharif kekal 85, Haziq Zainudin 18.
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (Universiti Kebangsaan Malaysia).