Malaysia pastikan kemaraan ke babak akhir

International Under 15 Cricket ChallengeOleh TL ANG

KLANG, 1 April - Malaysia memastikan kemaraan ke perlawanan akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menang besar dengan lapan wiket ke atas Singapura hari ini walaupun menghadapi pelbagai tekanan sewaktu memadang pada sesi pagi.

Apabila dipaksa memadang dalam pertemuan di Bayuemas Oval, serbuan Malaysia menyaksikan Singapura mengheret gandingan wiket kedua antara Iishan Shekhar dengan Vikas Rajagopal berjumlah 43 larian; dengan tanda  skuad  republik itu  mampu mengumpulkan angka tinggi sebagai penentuan ke babak akhir untuk bertemu Sri Lanka Ahad ini.

Dengan sedikit nasib, Malaysia mampu menghentikan kegarangan awal itu apabila Singapura cuma melakukan 93 dalam 36 over.

Sesi tengah hari bermula malang lagi bagi Malaysia apabila dua pemukul pembukaan Malaysia, Jazlan Jasmin dan Hazim Darus dipaksa pulang ke astaka dengan hanya menyumbangkan lima larian. Apapun gandingan wiket ketiga berjumlah 64 larian antara Ahmad Tajudin Ismail dengan Kavintheran Kumar; kedua-dua daripada Projek Kriket Nasional Kriket Melayu di Penang Free School memastikan Malaysia ke babak akhir.

Malaysia masih berbaki satu perlawanan menentang Sri Lanka Jumaat ini tetapi apa jua keputusan sudah memihak kepada skuad negara untuk beraksi dalam pertemuan terakhir.

Sri Lanka berbaki dua lagi perlawanan dan sudah memiliki enam mata, Malaysia juga enam mata manakala Singapura masih belum menghimpun sebarang mata.

Sementara itu, Persatuan Kriket Melayu Malaysia telah mengarahkan dua jurulatihnya, Khandker Imtiaz Ahmad dan Mortuza Raihan (kedua-dua dari Bangladesh) untuk terus ke Bayuemas Oval esok bagi memastikan persediaan untuk babak akhir dapat dimanfaatkan.

''Dalam masa singkat ini, kami terpaksa membetulkan 'keadaan' dan tidak ingin menyalahkan sesiapa dalam persediaan skuad Malaysia walaupun hampir semua pemain adalah daripada program Kriket Melayu,'' kata timbalan presiden baru Kriket Melayu, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob.

KEPUTUSAN:

Malaysia kalahkan Singapura dengan 8 wiket.
Singapura 93 (36 over) Vikas Rajagopal 34, Iishan Sekhar 15. Adzim Yahaya 4-16, Nasiruddin Mazlan 2-14, Fitri Sham 2-20.
Malaysia 97-2 (20.3 over) Ahmad Tajudin Ismail kekal 34, Kavintheran Kumar kekal 18. Abhiraj Rajdeep Singh 2-5.

Pemain terbaik
: Adzim Yahaya (MAS)
Pengadil: Shafizan Shahriman (MAS), Poobalan Loganathan (MAS)
Pencatat: Tomas Labe (MAS)


JADUAL 2 APRIL:

SRI LANKA lwn SINGAPURA
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

 

PEMBALING pembukaan Malaysia, Kavintheran Kumar melakukan rayuan mati halangan kaki pada pertemuan dengan Singapura di Bayuemas Oval 1 April 2009.

PEMBALING pembukaan Malaysia, Kavintheran Kumar melakukan rayuan mati halangan kaki pada pertemuan dengan Singapura di Bayuemas Oval 1 April 2009.

NASIRUDDIN MAZLAN gagal menahan asakan pemukul Singapura pada pertemuan dengan Singapura di Bayuemas Oval 1 April 2009.

NASIRUDDIN MAZLAN gagal menahan asakan pemukul Singapura pada pertemuan dengan Singapura di Bayuemas Oval 1 April 2009.