Bayuemas pastikan Perisai Tun Ahmad Sarji milik mereka

BARISAN Bayuemas menayangkan Perisai Tun Ahmad Sarji apabila menjuarai saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 2 Jun 2012.KLANG - Bayuemas dari Klang memastikan kejuaraan milik mereka apabila menafikan impian Kuala Langat dengan kemenangan tiga wiket pada perlawanan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, 2 Jun 2012.
 
''Perisai Tun Ahmad Sarji akhirnya menjadi simpanan kami setelah tersungkur dalam babak akhir tahun lepas kepada Bukit Petaling dari Kuala Lumpur. Kami pasti meraikan kecemerlangan ini,'' kata penyelaras Bayuemas, Affanizam Hamdan.
 
Kuala Langat yang memenangi undian dan memilih untuk memukul ternyata menjerat pasukan sendiri apabila hanya melakukan 85 dalam 22.2 over.
 
Tetapi misi mengejar sasaran turut tegang apabila Bayuemas berkedudukan 36-3, 52-4 dan 62-5 tetapi gandingan wiket ketujuh membawa keputusan 66 hingga 81 larian untuk menjadikan tugas semakin senang.
 
''Pemain tidak dapat menayangkan apa yang dihajatkan dan kami akur dengan kehebatan Bayuemas,'' kata penyelaras Kuala Langat, Jacob Mathews.

 
KEPUTUSAN BABAK AKHIR
 
Bayuemas kalahkan Kuala Langat dengan 3 wiket.
Kuala Langat 85
(22.2 over) Ainool Haqqiem Md. Yatim 18, Hafizuddin Abdul Ghafar 14, Hafiz Ramli 11.  Syahmi Firdaus Sadali 5-16, Nabil Azhar 2-14.
Bayuemas 86-7 (17.3 over) Zubaidi Zulkifle 15, Nabil Azhar 13.  Hasif Norhaizan 2-21, Wan Amjad Fakhri Wan Azmi 2-27.
Pemain terbaik perlawanan akhir: Syahmi Firdaus Sadali (Bayuemas).
Pemain terbaik kejohanan: Hasif Norhaizan (Kuala Langat).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (Selangor), Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur).

BARISAN Bayuemas menayangkan Perisai Tun Ahmad Sarji apabila menjuarai saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 2 Jun 2012.

BARISAN Bayuemas menayangkan Perisai Tun Ahmad Sarji apabila menjuarai saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 2 Jun 2012.