Bayuemas, Kuala Langat berentap dalam babak akhir

KLANG - Dua pasukan dari Selangor, Bayuemas (Klang) dan Kuala Langat layak ke babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menumbangkan lawan masing-masing dalam penentuan ke final di Bayuemas Oval di sini paa 1 Jun 2012.

Bayuemas menyingkirkan juara bertahan, Bukit Petaling dari Kuala Lumpur dengan empat wiket dalam perhitungan mendebarkan apabila kemenangan hanya dapat dicapai dalam 24.4 over; berbaki dua balingan.

Angka Kuala Langat yang melakukan 192 dalam peruntukan 25 over, ternyata menyukarkan Parit Jawa untuk mengejar matlamat dan terhenti pukulan setakat 144-7.

''Kami menjangkakan aksi hebat dalam babak akhir dan kedua-dua pasukan memiliki kelebihan dalam setiap sudut. Tahap persembahan mereka amatlah membanggakan,'' kata anggota majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Mohidin Hashim.


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Kuala Langat kalahkan Parit Jawa dengan 48 larian.
Kuala Langat 192-4 (25 over) Ainool Haqqiem Md. Yatim 50, Roslan Ismail kekal 26, M. Hafiz Ramli 18, Hasif Norhaizan 17.  Hazim Aqil M. Yunus 3-15.
Parit Jawa 144-7 (25 over) Hazim Aqil M. Yunus 28, Abdul Halim Abu Bakar 17, Solihin Rusli 16, Dannielhakimie Zulkifli 16.  Nor Hasilah Hajeman Sah 2-11.
Pemain terbaik: Hazim Aqil M. Yunus (Parit Jawa).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (Selangor), Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
 
Bayuemas kalahkan Bukit Petaling dengan 4 wiket.
Bukit Petaling 134-5 (25 over) Aiman Mustafa Albakri 47, Emammeah Azman 17, Farid Zulkifeli 13.
Bayuemas 135-6 (24.4 over) Nabil Azhar 30, Syahmi Firdaus Sadali 23, Ahmad Zubaidi Zulkifle 19, Arief Danial Abdul Latif 13, M. Aliff Zamri kekal 12.  Sanjhey Subanantha 3-25.
Pemain terbaik: Aiman Mustafa Albakri (Bukit Petaling).
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (TUDM), Hazwan Rasyid Sabri (Pahang).
 
BABAK AKHIR:
 
Bayuemas lwn Kuala Langat
(Bayuemas Oval, 10 pagi)