Parit Jawa mara, Bayuemas terlalu garang

KUALA LUMPUR - Bayuemas dari Selangor mengungguli saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan mudah lapan wiket ke atas Pekan dalam pertemuan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 31 Mei 2012.
 
Selalu finalis tahun lepas, skuad ini akan bertemu juara bertahan, Bukit Petaling dalam misi membalas dendam pada separuh akhir di gelanggang sama, 1 Jun 2012.
 
Bukit Petaling terpaksa menduduki tangga kedua kumpulan A setelah tumbang kepada satu lagi wakil Selangor, Kuala Langat dengan 22 larian di UKM Oval, Bangi.
 
Parit Jawa pula cemerlang untuk mara ke separuh akhir apabila menumbangkan johan dua tahun lepas, Kota Bharu dengan 56 larian.
 
''Pertemuan menarik antara Parit Jawa dengan Kuala Langat dan saya jangkakan aksi berkenaan merupakan kemuncak pertandingan tahun ini walaupun babak akhir pada Sabtu,'' kata naib presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin.


KEPUTUSAN:

Kuala Langat  kalahkan Bukit Petaling dengan 22 larian.
Kuala Langat 99-8
(25 over) Hafizuddin Abd. Ghafar 32, Roslan Ismail 27. Aiman Mustafa Albakri 3-11, Sanjhey Subanantha 2-13.
Bukit Petaling 77 (22.5 over) Sanjhey Subanantha kekal 29. Hasif Norhaizan 2-7, Nor Hasilah Hajeman Sah 2-9, Hafiz Ramli 2-16.
Pemain terbaik: Sanjhey Subanantha (Bukit Petaling).
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (Tentera), Hazwan Rasyid Sabri (Pahang).

Gemencheh kalahkan Westlands dengan 45 larian.
Gemencheh 115-9
(25 over) Farouq Mustakim 41, Imran Haris 10. Dheevash Roshan Kumarasamy 2-12, Nur Ainatasya Abd. Satar 2-15.
Westlands 70 (22.5 over) Isaac Kumar Maniam 14, Syairul Niezar Yusfariza 10, Farouq Mustakim 4-8, Khairin Nadhirah Razman 2-10.
Pemain terbaik: Farouq Mustakim (Gemencheh).
Pengadil:  Faizshal Niaz-lyn (Kuala Lumpur), Nai Prasanet  Soom Chok (Tentera).

Bayuemas kalahkan Pekan dengan 8 wiket.
Pekan 105-4
(25 over) Faris Ikram kekal 28, Fikri Hafizuddin Husaidi 26. Syahmi Firdaus Sadali 2-12.
Bayuemas 106-2 (10.3 over) Zubaidi Zulkifle kekal 44. Haziq Farhan Aziyan kekal 36. Sylvester Peter Jimbun 2-29.
Pemain terbaik: Haziq Farhan Aziyan (Bayuemas).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (Selangor), Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).

Parit Jawa kalahkan Kota Bharu dengan 56 larian.
Parit Jawa 132-5
(25 over) Norebby Ilham Asoha 33, Danial Akmal Noramali 14, Dannielhakimie Zulkifli 13, Afiq Tajudin kekal 11, Solihin Rosli 11. Nurul Farhani Jahari 2-21.
Kota Bharu 76 (13.5 over) Shahriel Aizat Nor Azmi 30. Afiq Tajudin 5-25, Hazim Aqil Yunus 2-9.
Pemain terbaik: Afiq Tajudin (Parit Jawa).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (Selangor), Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).

SEPARUH AKHIR
(1 Jun 2012)

Kuala Langat lwn Parit Jawa

(Bayuemas Oval, 9 pagi)

Bayuemas lwn Bukit Petaling
(Bayuemas Oval, 2.30 petang)