Parit Jawa capai kemenangan pertama atasi Pekan

KUALA LUMPUR - Parit Jawa dari Johor meneruskan peluang untuk mara dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menumbangkan Pekan dengan 44 larian dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi pada 30 Mei 2012.

Apa pun, dua perlawanan awal yang membabitkan Kota Bharu (Kelantan) dan Bayuemas dari Selangor dan Westlands (Pulau Pinang) dan Bukit Petaling (Kuala Lumpur) berkesudahan tanpa keputusan kerana gangguan hujan pada sesi pagi.

Parit Jawa yang gagal mara dalam cubaan pertama tahun lalu bergaya untuk mencapai kemenangan pertama setelah tewas kepada Bayuemas dua hari lepas.

Dalam satu lagi perlawanan, Kuala Langat merekodkan kemenangan kedua apabila mengatasi Gemencheh dari Negeri Sembilan dengan 46 larian di Bayuemas Oval, Klang.


KEPUTUSAN

Perlawanan antara Kota Bharu dengan Bayuemas tiada keputusan kerana hujan

Parit Jawa kalahkan Pekan dengan 44 larian
Parit Jawa 139-5
(25 over) Norebby Ilham Asoha 52, Dannielhakimie Zulkifli 21, Abdul Halim Abu Bakar 14. Fikri Haziq Husaidi 4-22.
Pekan  95-8 (25 over) Faris Ikram 23, Sylvester Peter Jimbun 17, Fakri Aidil Abdul Malik 11. Afiq Tajudin 3-17, Solihin Rusli 2-16.
Pemain terbaik: Norebby Ilham Asoha (Parit Jawa)
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (Tentera). Hazwan Rasyid Sabri (Pahang)

Perlawanan antara Westlands dengan Bukit Petaling tiada keputusan kerana hujan

Kuala Langat kalahkan Gemencheh dengan 46 larian.
Kuala Langat 190-4 (25 over) Hasif Norhaizan 61, Ainool Haqqiem Md. Yatim 56, Devaraj Govindasamy 17. Nur Ainoll Aziz 2-19.
Gemencheh 144-6 (25 over) Imran Haris 41, Zuhair Nor Azmi kekal 25, Khairul Azim Azmy kekal 18. Hafiz Ramli 4-20.
Pemain terbaik: Hasif Norhaizan (Kuala Langat).
Pengadil: Redzuan Shahadan (Selangor), Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).