Aksi tahap tinggi hari pertama saingan bawah 12

PEMBALING Kuala Langat, Hafiz Ramli (kiri) menyerbu pemukul Westlands dari Pulau Pinang dalam pertemuan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di UKM Oval, Bangi pada 29 Mei 2012. KUALA LUMPUR - Aksi tahap tinggi mengiringi kecemerlangan hari pertama Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang dan UKM Oval di Bangi, 29 Mei 2012.

Perhitungan menarik babak sebelah pagi dalam saingan 25 over merebut Perisai Tun Ahmad Sarji di Bayuemas Oval yang menyaksikan lebih 300 larian dikumpulkan kedua-dua pasukan dengan finalis tahun lepas, Bayuemas dari Selangor mengalahkan Parit Jawa (Johor) dengan empat wiket.

Pada sebelah petang, Kota Bharu mengumpulkan angka tinggi dengan mencapai 189-6 sewaktu menumbangkan Pekan dengan 68 larian.

Di Bangi, juara bertahan Bukit Petaling (Kuala Lumpur) menumpaskan Gemencheh dari Negeri Sembilan dengan lima wiket. Kemudian Kuala Langat dari Selangor menewaskan Westlands dari Pulau Pinang juga dengan lima wiket.

''Saingan tahun ini menyerlahkan angka tinggi dapat dikumpulkan dengan beberapa pasukan bertahan tanpa dikeluarkan semua pemukul sehingga tamat 25 over.

''Ini merupakan peningkatan dalam tahap permainan di peringkat usia bawah 12 tahun,'' kata pengarah kejohanan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Kama Asnawi Omar.


KEPUTUSAN

Bukit Petaling  kalahkan Gemencheh  dengan 5 wiket.
Gemencheh 109-9 (25 over) Nur Ainoll Aziz 24, Khairul ‘Azim Azmy 17, Farouq  Mustakim 13, Su’aidi Razali 11. Arjoon Thillainathan 3-16,  Kishern Thiyagu  3-18, Mahirah Izzati Ismail 2-19
Bukit Petaling 110-5 (22.2 over) Arjoon Thillainathan 40, Farid Zulkifeli 20.
Pemain terbaik: Arjoon Thillainathan (Bukit Petaling).
Pengadil:  Faizshal Niaz-Lyn (Kuala Lumpur ), Nai Prasanet Soom Chook (Tentera).

Kuala Langat kalahkan Westlands dengan 5 wiket.
Westlands  86 (22.2 over) Syairul Niezar Yusfariza 19, Aiman Aqel Nashron 12, Vishvaruben Kumar 10. Hafizuddin Abd. Ghafar 3-11, Roslan Ismail 2-17, Hasif Norhaizan 2-17
Kuala Langat 87-5 (14.5 over) Ainool Haqqiem Md. Yatim 15, Hasif Norhaizan 10. Dheevash Roshan Kumarasamy 2-13.
Pemain terbaik: Hafizuddin Abd. Ghafar (Kuala Langat)
Pengadil: Nai Prasanet Soom Chok (Tentera),  Hazwan Rasyid Sabri (Pahang)

Bayuemas kalahkan Parit Jawa dengan 4 wiket.
Parit Jawa 166-5 (25 over) Solihin Rusli 53, Norebby Ilham Asoha 23, Nor Farhan Sohud kekal 19, Hazim Aqil Yunus 17, Ainna Hamizah Hashim 2-23.
Bayuemas 168-6 (20.2 over) Zubaidi Zulkifle kekal 57, Nabil Azhar 12.
Pemain terbaik: Zubaidi Zulkifle (Bayuemas).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (Selangor), Redzuan Shahadan (Selangor).

Kota Bharu kalahkan Pekan dengan 68 larian.
Kota Bharu 189-6 (25 over) Zaim Asnawi Osman 43, Shahriel Aizat Nor Azmi 29, Nuriskandar Rizal Effandi 23, Amirrudin M. Zuri 14, Nik Azim Nik Azam 13. Faris Ikram 3-30.
Pekan 121-7 (25 over) Fakhri Aidil Abdul Malik 23, Sylvester Peter Jimbun kekal 21, Irfan Nabil Najib 10. Akmal Ziyad Zainuddin 2-9, Zaim Asnawi Osman 2-17.
Pemain terbaik: Zaim Asnawi Osman (Kota Bharu).
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (Selangor), Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).

PEMBALING Kuala Langat, Hafiz Ramli (kiri) menyerbu pemukul Westlands dari Pulau Pinang dalam pertemuan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di UKM Oval, Bangi pada 29 Mei 2012.

PEMBALING Kuala Langat, Hafiz Ramli (kiri) menyerbu pemukul Westlands dari Pulau Pinang dalam pertemuan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di UKM Oval, Bangi pada 29 Mei 2012.