Sri Lanka kekal juara tahun kelima

BARISAN Sri Lanka merai kecemerlangan mempertahankan kejuaraan tahun kelima berturut-turut pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang, 7 April 2012. - Gambar IZHAM JAAFAR.KUALA LUMPUR -Tanpa diduga sama sekali, Sri Lanka yang seakan-akan bakal tumbang dalam babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa yang berakhir di Bayuemas Oval pada 7 April 2012 masih berkemampuan untuk mempertahankan kejuaraan bagi tahun kelima berturut-turut.
 
Setelah tertekan dengan kedudukan 72 untuk lima wiket dan seterusnya 125-7, Sri Lanka masih berkemampuan bergandingan dalam tiga wiket terakhir untuk melakukan 204 larian; angka yang sedikit meyakinkan.
 
Sebaik sahaja sajian tengah hari, Afrika Selatan kehilangan tiga wiket dalam sepuluh over awal dan seterusnya berhadapan bayangan kekalahan apabila tujuh pemukul dipulangkan ke astaka pada kedudukan 113 di papan catatan.
 
''Kami terkeluar pada kedudukan 134 dan segala impian untuk merangkul kejuaraan buat pertama kali musnah. Apapun inilah persaingan dalam sukan,'' kata ketua rombongan Afrika Selatan, Ismail Teladia.
 
Bagi Sri Lanka, pengurusnya, Premala Mendis berkata, gandingan wiket kesembilan berjumlah 43 larian benar-benar membawa keluar pasukan berkenaan daripada kesengsaraan.
 
Kejohanan merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004 yang membabitkan pasukan seperti Bangladesh, Singapura, Sri Lanka, Afrika Selatan dan tuan rumah, Melayu Malaysia.

 
 
KEPUTUSAN BABAK AKHIR:
 
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 70 larian.
Sri Lanka 204 (40 over) Sammu Ashan 45, Wageesha Madushan kekal 44, Charith Asalanka 30, Sudesh Kumara 19, Balapitiya Hewage Hirusha 19, Ashan Indrajith 12.  Ciaran Dayaram 4-53, Abdu Dayyaan Galiem 2-34, Michael Cohen 2-38.
Afrika Selatan 134 (34.3 over) Tyla Scarles 26, Siphamandla Mavanda 24, Ciaran Dayaram 20, Wian Van Zyl 17, Aaqil Ebrahiem 15.  Nimesh Kumara 3-34, Sammu Ashan 2-17, Balapitiya Hewage Hirusha 2-32.
Pemain terbaik babak akhir: Sammu Ashan (Sri Lanka).
Pemain terbaik kejohanan: Abdu Dayyaan Galiem (Afrika Selatan).
Pengadil: Sri Murigak Madhavan (Kelantan), Poobalan Loganathan (Selangor).
Referi: Alwi Zaman (Selangor)

BARISAN Sri Lanka merai kecemerlangan mempertahankan kejuaraan tahun kelima berturut-turut pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang, 7 April 2012. - Gambar IZHAM JAAFAR.

BARISAN Sri Lanka merai kecemerlangan mempertahankan kejuaraan tahun kelima berturut-turut pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang, 7 April 2012. - Gambar IZHAM JAAFAR.