Melayu Malaysia pastikan Afrika Selatan tertiarap

KAPTEN Melayu Malaysia, Faiz Ahmad Nasir menghayun pukulan untuk mengumpulkan 86 larian dalam pertemuan dengan Afrika Selatan di Bayuemas Oval pada 6 April 2012.KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia melakarkan kejutan pada pertemuan akhir peringkat kumpulan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menumbangkan Afrika Selatan dengan enam larian di Bayuemas Oval, Klang pada 6 April 2012.
 
Dengan hanya melakukan 155 larian tetapi sumbangan tertinggi ketua pasukan, Faiz Ahmad Nasir dengan 86, Melayu Malaysia beraksi baik dalam sesi memadang selepas sajian tengah hari.
 
Apabila mengehadkan pungutan larian Afrika Selatan di bawah tiga larian dalam satu over pada kedudukan 59-2 (20 over) dan 104-4 (30 over), Afrika Selatan tertekan pada sepuluh over terakhir sehingga tumbang setakat 149.
 
''Ini merupakan keputusan cemerlang pasukan Melayu Malaysia walaupun tidak berupaya ke babak akhir. Ia seakan-akan menyamai kehebatan skuad pada tahun 2007 apabila menjuarai kejohanan ini,'' kata pengurus pasukan, Mohsain Hashim yang turut memegang jawatan sama pada 2007.
 
Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004 telah memastikan dua pasukan antarabangsa terbaik dalam kategori bawah 15 tahun menyertai pertandingan itu untuk melonjakkan prestasi skuad Melayu Malaysia.
 
Juara bertahan, Sri Lanka akan menentang Afrika Selatan dalam babak akhir di gelanggang antarbangsa, Bayuemas Oval pada 7 April 2012.

 
KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan Afrika Selatan dengan 6 larian.
Melayu Malaysia 155 (39.5 over) Faiz Ahmad Nasir 86, Mahathir Razali 13.  Abdu Dayyaan Galiem 3-16, Justin Stevens 2-14, Mika Nils Ekstrom 2-42.
Afrika Selatan 149 (39.4 over) Abdu Dayyaan Galiem 56, Benjamin Koen 36, Suhail White 16. Wian Van Zyl 10, Jesse Christensen 10, Aaqil Ebrahiem 10. Hadi Halem 5-34, Trisman Rudi 2-3.
Pemain terbaik: Faiz Ahmad Nasir (Melayu Malaysia).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan), Sri Murigak Madhavan (Kelantan).
Referi: Alwi Zaman (Selangor).

7 APRIL 2012 - BABAK AKHIR:
SRI LANKA lwn AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

KAPTEN Melayu Malaysia, Faiz Ahmad Nasir menghayun pukulan untuk mengumpulkan 86 larian dalam pertemuan dengan Afrika Selatan di Bayuemas Oval pada 6 April 2012.

KAPTEN Melayu Malaysia, Faiz Ahmad Nasir menghayun pukulan untuk mengumpulkan 86 larian dalam pertemuan dengan Afrika Selatan di Bayuemas Oval pada 6 April 2012.