Sri Lanka kembali bertenaga atasi Afrika Selatan

KUALA LUMPUR - Sri Lanka memastikan mereka dapat menumbangkan semula Afrika Selatan dalam pusingan kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menang dengan enam wiket di Bayuemas Oval, Klang pada 5 April 2012.

Dalam pertemuan pusingan pertama Isnin lepas, Sri Lanka yang dianggap memiliki pasukan terkuat di peringkat antarabangsa dalam usia bawah 15 itu, tertiarap kepada Afrika Selatan dengan lima wiket.

Afrika Selatan yang memenangi undian ternyata tidak memberi kelebihan kepada mereka setelah hanya mengumpulkan 117 larian dalam 37.1 over.

Angka rendah itu memudahkan Sri Lanka memintas angka Afrika Selatan 21.5 over.

''Kami semakin bersemangat untuk memahat kejuaraan keenam dalam saingan merebut Trofi Tuanku Ja'afar ini. Sabtu ini adalah penentu,'' kata pengurus Sri Lanka, Pramela Mendis.

Ketua kontinjen Afrika Selatan, Ismail Teladia tidak  tertekan dengan kekalahan ini kerana skuad berkenaan telah merehatkan pemain utama.


KEPUTUSAN:


Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 6 wiket.
Afrika Selatan 117 (37.1 over) Benjamin Henderson 27, Aaqil Ebrahiem 19, Mika Nils Ekstrom 11.   Sudesh Kumara 3-19, Nimesh Kumara 3-19.
Sri Lanka 118-4 (21.5 over) Sammu Ashan kekal 54, Avisha Wilwala Arachchi kekal 19, Charith Asalanka 12, Ravindu Sasanka 11.  Mika Nils Ekstrom 2-19.
Pemain terbaik: Sammu Ashan (Sri Lanka).
Pengadil: Poobalan Loganathan (Selangor), Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
Referi perlawanan: M. Alwi Zaman (Selangor).