Melayu Malaysia kehabisan over untuk atasi Sri Lanka

PEMUTAR Melayu Malaysia, Mahathir Razali menangkap kemas bola pukulan Kaweesh Dilranga dari Sri Lanka pada pertemuan di Bayuemas Oval, 4 April 2012.KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia masih belum berupaya mengatasi Sri Lanka walaupun menghampiri matlamat berkenaan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 4 April 2012.

Setelah memastikan Sri Lanka hanya mengumpulkan 196 larian dan tuan rumah berkedudukan baik 72-1 dalam 20 over awal,  skuad negara  bagaimanapun terpaksa menyerah kalah dengan 46 larian berikutan kehabisan over.

''Corak permainan yang ditayangkan memang meyakinkan tetapi kami tumbang kepada pasukan gagah di peringkat antarabangsa,'' kata pengurus pasukan, Mohsain Hashim.

Dengan aksi meyakinkan daripada pembuka pukulan, Nik Nazran Sufian Anuay (48 larian), skuad nasional itu sukar menggadakan larian selepas 20 over apabila menyempurnakan 120-4 dalam 30 over.

Dengan anggaran lapan larian untuk mengatasi lawan terhebat dunia itu, Melayu Malaysia menamatkan ining pada kedudukan 150-9 dalam 40 over.


KEPUTUSAN:

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 46 larian.
Sri Lanka 196 (38.1 over) Ravindu Sasanka 60, Sammu Ashan 44, Charith Asalanka 36.  Hadi Halem 3-20, Mahathir Razali 3-46, Akmal Aizat Sham 2-14.
Melayu Malaysia 150-9 (40 over) Nik Nazran Sufri Anuay 48, Mahathir Razali 34, Faiz Ahmad Nasir 18.  Nimesh Kumara 6-11.
Pemain terbaik: Nimesh Kumara (Sri Lanka).
Pengadil: Poobalan Loganathan (Selangor), Sri Murigak Madhavan (Kelantan).
Referi perlawanan: M. Alwi Zaman (Selangor).

PEMUTAR Melayu Malaysia, Mahathir Razali menangkap kemas bola pukulan Kaweesh Dilranga dari Sri Lanka pada pertemuan di Bayuemas Oval, 4 April 2012.

PEMUTAR Melayu Malaysia, Mahathir Razali menangkap kemas bola pukulan Kaweesh Dilranga dari Sri Lanka pada pertemuan di Bayuemas Oval, 4 April 2012.