Afrika Selatan teruskan kecemerlangan

PEMUKUL perkasa Afrika Selatan, Abdu Dayyaan Galiem bergaya di lapangan tengah dengan ketukan 125 larian sewaktu pertemuan dengan Malaysia di Bayuemas Oval pada 3 April 2012.KUALA LUMPUR - Afrika Selatan meneruskan kecemerlangan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan memastikan kemenangan kedua apabila mudah mengatasi Melayu Malaysia dalam pertemuan di Bayuemas Oval, Klang pada 3 April 2012.
 
Setelah dipaksa memukul dahulu oleh Melayu Malaysia yang memenangi undian, Afrika Selatan bergaya mengumpulkan 248-8 dalam peruntukan 40 over walaupun berkedudukan 38-2 dalam sepuluh over pertama.
 
Diganggu oleh hujan pada sesi kedua selepas sajian tengah hari, Afrika Selatan menamatkan ining Malaysia pada kedudukan 100-7 dalam 27.3 over berpandukan perkiraan Duckworth-Lewis untuk memastikan jaguh selatan benua Afrika itu menang dengan 96 larian.
 
''Kami semakin bersemangat untuk membawa pulang kejuaraan ke Cape Town dan yakin gelaran semakin hampir,'' kata ketua rombongan Afrika Selatan, Ismail Teladia.
 
Baginya Melayu Malaysia bermain dengan baik apabila berupaya mengumpulkan 51-1 pada sepuluh over pertama tetapi beberapa wiket utama diranapkan kemudian yang menyaksikan barisan tuan rumah menghampiri kegagalan.
 
Sri Lanka menjuarai pertandingan itu yang diperkenalkan mulai 2004 sebanyak lima kali manakala tuan rumah sekali pada tahun 2007.


KEPUTUSAN:

Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 96 larian mengikut kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 196 larian dalam 27.3 over.
Afrika Selatan 248-8 (40 over) Abdu Dayyaan Galiem 125, Tyla Scarles 30, Justin Stevens 27, Ciaran Dayaram 26.  Akmal Aizat Sham 3-31, Harvindran Rajendran 2-26.
Melayu Malaysia 100-7 (27.3 over) Nik Nazran Sufri Anuay 27, Mahathir Razali 13, Harvindran Rajendran 13.  Michael Cohen 3-18, Abdu Dayyaan Galiem 2-14.
Pemain terbaik: Abdu Dayyaan Galiem (Afrika Selatan).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan), Poobalan Loganathan (Selangor).

PEMUKUL perkasa Afrika Selatan, Abdu Dayyaan Galiem bergaya di lapangan tengah dengan ketukan 125 larian sewaktu pertemuan dengan Malaysia di Bayuemas Oval pada 3 April 2012.

PEMUKUL perkasa Afrika Selatan, Abdu Dayyaan Galiem bergaya di lapangan tengah dengan ketukan 125 larian sewaktu pertemuan dengan Malaysia di Bayuemas Oval pada 3 April 2012.