Afrika Selatan perangkap juara bertahan
Monday, 02 April 2012 17:36
Setelah lima kali merangkul kejuaraan sejak pertandingan diperkenalkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia mulai 2004, Sri Lanka tersentak apabila hanya berupaya mengumpulkan 144 larian dalam 36.1 over dan amat bernasib baik setelah berkedudukan tenat 76-8 dalam 20 over pertama.
Afrika Selatan bermula baik dalam sesi mengejar angka lawan dengan mengumpulkan 37-1 (10 over), 65-2 (20 over) seterusnya 114-3 dalam 30 over sebelum mengatasi lawan dengan 149-5.
''Kami menganggap semula perlawanan penting walaupun berhadapan Melayu Malaysia. Kami sudah menjanjikan aksi hebat dan kalau boleh menjuarai kejohanan,'' kata ketua delegasi Afrika Selatan, Ismail Teladia.
KEPUTUSAN:
Afrika Selatan kalahkan Sri Lanka dengan 5 wiket.
Sri Lanka 144 (36.1 over) Avisha Wilwala Arachchi 62, Balapitiya Hewage Hirusha 10, Charith Asalanka 10. Abdu Dayyaan Galiem 4-14, Mika Nils Ekstrom 3-43, Ciaran Dayaram 2-14.
Afrika Selatan 149-5 (38.4 over) Abdu Dayyaan Galiem 46, Benjamin Koen 28, Wian Van Zyl kekal 25, Aaqil Ebrahiem kekal 14. Nimesh Kumara 2-24.
Pemain terbaik: Abdu Dayyaan Galiem (Afrika Selatan).
Pengadil: Sri Murigak Madhavan (Kelantan), Hafiz Zaman Huri (Negeri Sembilan).
PEMADANG Afrika Selatan, Siphamandla Mavanda menangkap kemas bola untuk mengeluarkan pemukul Sri Lanka sambil diperhatikan penjaga wiket, Wian van Zyl dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 2 April 2012. - Gambar IZHAM JAAFAR