Tentera, UKM bertemu lagi dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka dua finalis tahun lalu akan bertemu lagi dalam babak akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval dekat sini 11 Mac ini.
 
Dalam separuh akhir semalam, Tentera terlalu mudah menyingkirkan Kedah dengan 10 wiket manakala Universiti Kebangsaan Malaysia mengatasi Negeri Sembilan dengan enam wiket.
 
''Kami akan pastikan peluang dalam babak akhir ini akan memihak kepada UKM dan semua pemain sudah bersedia untuk menepati sasaran,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.
 
Tidak terkecuali penasihat Tentera, Gerard D. Singam turut membayangkan peluang pasukannya mempertahankan kejuaraan.
 
''Sebagai pasukan yang sentiasa seimbang dalam permainan, Tentera tetap memiliki kelebihan untuk menjuarai saingan ini lagi,'' katanya.
 
Kedah terlalu mudah menyerah apabila hanya mengumpulkan 28 larian sewaktu memukul di Bayuemas Oval, Angka berkenaan dipintas Tentera dalam hanya 4.5 over. Di STC Oval, Negeri Sembilan yang memukul terdahulu hanya mengumpulkan 70 larian.  
 

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR:

TENTERA KALAHKAN KEDAH DENGAN 10 WIKET.
Kedah 28  (19 over) Bakri Amin Zulkifeli 13. Syazrul Ezat Idrus 6-6, Mohd Fhadli Ishak 2-10.
Tentera 32 (4.5 over) Anwar Arudin kekal 26..
Pemain terbaik: Syazrul Ezat Idrus (Tentera)
Pengadil: Mathan Kumar Muniandy (Sel), Izmir Azraf Zakaria (Mela).

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KALAHKAN NEGERI SEMBILAN DENGAN 6 WIKET.
Negeri Sembilan 70 (26.2 over) Hafiz Zaman Huri 16, Khairul Izuan Razman 12. Nik Azril Ariffin 4-8, Aliman Ahmad 3-18.
UKM 71-4 (12.4 Over) Aliman Ahmad kekal 17 kekal, Nik Azril Ariffin 15, Adam Zulkifli 13. Mohamad Hafiz Zaman Huri 3-28.
Pemain terbaik: Nik Azril Ariffin (UKM)
Pengadil: Bertle Alex James (NS), Zahlan Hassan (Melaka)