Kedah bernasib baik ke separuh akhir

PEMUKUL perkasa Kelantan, Mahadi Muda menghayun pukulan dalam pertemuan dengan Tentera di STC Oval pada 8 Mac 2012.. Penjaga wiket sambilan Tentera, Ariffin Ramly bersedia di belakang kayu pancang.  KUALA LUMPUR - Kedah mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja tanpa turun beraksi menentang Universiti Kebangsaan Malaysia di UKM Oval pada 8 Mac 2012 disebabkan padang becak tetapi perlu berterima kasih kepada Perak-TLDM yang menumbangkan pasukan pilihan, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur yang diramalkan dapat menumbangkan Perak-TLDM tersungkur dengan lima larian di Bayuemas Oval semalam. Berikutan kejutan itu, Kedah mengulangi aksi ke separuh akhir dan akan bertemu Tentera di gelanggang sama pada 9 Mac 2012.

UKM yang dibarisi pemukul perkasa akan menentang Negeri Sembilan yang mengetepikan Sabah dengan sembilan wiket di Oval SMK Tinggi Kajang.

''Kami yakin dapat menayangkan aksi lebih yakin dalam separuh akhir. Tengok sahaja sebuah pasukan kuat seperti KL juga dapat diranapkan peluang pada hari penentu,'' kata pengurus Kedah, Feisal Tajuddin.

Kelantan malang apabila tumpas kepada Tentera dengan lapan wiket di STC Oval.


KEPUTUSAN:

PERAK-TLDM KALAHKAN KUALA LUMPUR DENGAN 5 LARIAN
Perak-TLDM 107 (31.1 over) Rudy Ismandi Mansor 17, Putera Alno Ali 15, Nazirul Izuddin A. Halim 14, Hariz Darus 10. Norharif Hamidon 4-14, Nik Nabil Safwan Anuay 2-25, Hamzimifzal Puad 2-30.
Kuala Lumpur 102 (29.4 over) Faizshal Niaz-Lyn 47, Norharif Hamidon kekal 20. Nazirul Izuddin A. Halim 4-13, Hariz Darus 3-3.
Pemain terbaik: Nazirul Izuddin A. Halim (Perak-TLDM)
Pengadil: Poobalan Loganathan (Sel), Mathan Kumar Muniandy (Sel)

NEGERI SEMBILAN KALAHKAN SABAH DENGAN 9 WIKET
Sabah 116 (24.3 over) Roslan Mokti 21, Haerul Marsudin 19, Ghullfam Hussin 19, Siswanto M. Hadi 11. Anwar A. Rahman 3-22, Hafiz Zaman Huri 3-26, Azwar Tajri 2-23.
Negeri Sembilan 117-1 (19.2 over) Zubair Asyraf Norazmi 53, Ibrahim Khalil Zakaria kekal 51.
Pemain terbaik: Ibrahim Khalil Zakaria (NS)
Pengadil: Izmir Azraf Zakaria (Mel), Bertle Alex James (NS)

TENTERA KALAHKAN KELANTAN DENGAN 8 WIKET
Kelantan 85-9 (23 over) Tajuddin Ismail 25, Saifful Hawari Hussein 15, Mahathir Razali 12, Faiz Ahmad Nasir 11. Shukri Rahim 4-22, Syazrul Ezat Idrus 2-13.
Tentera 86-2 (17.4 over) Anwar Arudin 39, Hairil Anuar 23. Mahathir Razali 2-7.
Pemain terbaik: Shukri Rahim (Tentera)
Pengadil: Sri Murigak Madhavan (Kel), Susil Ananda ( Sri Lanka )

PERLAWANAN ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA DENGAN KEDAH TIADA KEPUTUSAN KERANA HUJAN.

PEMUKUL perkasa Kelantan, Mahadi Muda menghayun pukulan dalam pertemuan dengan Tentera di STC Oval pada 8 Mac 2012.. Penjaga wiket sambilan Tentera, Ariffin Ramly bersedia di belakang kayu pancang.

PEMUKUL perkasa Kelantan, Mahadi Muda menghayun pukulan dalam pertemuan dengan Tentera di STC Oval pada 8 Mac 2012.. Penjaga wiket sambilan Tentera, Ariffin Ramly bersedia di belakang kayu pancang.