Juara bertahan teruskan kemaraan

PEMUKUL Tentera, Razman Zabri menghayun pukulan sisi sambil penjaga wiket Negeri Sembilan, Ibrahim Khalil Zakaria bersedia untuk bertindak di belakang kayu pancang dalam pertemuan di Oval SMK Tinggi Kajang pada 7 Mac 2012. KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Tentera meneruskan rentak kecemerlangan apabila memenangi perlawanan kedua dalam saingan kriket Perisai Raja-Raja di Oval SMK Tinggi Kajang pada 7 Mac 2012.

Turut mencabar kemaraan Tentera ialah finalis tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengukir kegaranan dua hari berturut-turut. Semalam, skuad pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu, membaham Kuala Lumpur dengan 189 larian setelah melakukan 319-7 sewaktu memadang.

Tentera pula menumpaskan Negeri Sembilan dengan lima wiket dan akan bertemu Kelantan hari ini.

Kelantan pula mencatat kemenangan pertama apabila menumbangkan Sabah dengan dua wiket di Bayuemas Oval dan memerlukan kemenangan untuk mara ke separuh akhir seperti tahun lepas.

''Bukan tugas mudah kali ini. Kalaulah dapat mara ke separuh akhir, ia merupakan suatu hadiah besar,'' kata pengurus Kelantan, Zainuddin Harun.

Dalam perlawanan lain, Kedah mengalahkan Perak-TLDM dengan 41 larian di STC Oval.


KEPUTUSAN:

KELANTAN KALAHKAN SABAH DENGAN 2 WIKET
Sabah 169 (45.1 over) Siswanto M. Hadi 24, Roslan Mokti 22, Haerul Marsudin 21. Amiruddin Azahar 3-24, Fatah Ibrahim 2-32, Faeiz Redzuan Tarmizi 2-18.
Kelantan 170-8 (39.4 over) Saifful Hawari Hussein 50, Tajuddin Ismail 34, Mahathir Razali 28. M. Afiq Jabri Bahri 5-50.
Pemain terbaik: M. Afiq Jabri Bahri
Pengadil: Izmir A. Zakaria (Mel), Mathan Kumar Muniandy (Sel)

TENTERA KALAHKAN NEGERI SEMBILAN DENGAN 5 WIKET
Negeri Sembilan 143 (42 over) Khairul Izuan Razman kekal 35, Badrul Hisham Bokhtian 34, Zubair Asyraf Norazmi 20. Rashid Ahad 4-24.
Tentera 144-5 (31.2 over) Razman Zabri 41, Anwar Arudin 34, Norwira Zazmie A. Halim kekal 23, Zaidan Taha Hassim 14. Anwar A. Rahman 3-36, Muzamir Kamarulzaman 2-22.
Pemain terbaik: Razman Zabri (Ten)
Pengadil: Sri Murigak Madhavan (Kel), Poobalan Loganathan (Sel)

KEDAH KALAHKAN PERAK-TLDM DENGAN 41 LARIAN
Kedah 130 (39.4 over) Zulhaimy Salleh kekal 36, Nurfirdaus Hakimi Nasiruddin 26, Mubin Salahuddin 10. Rudy Ismandi Mansor 4-38, Nazirul Izuddin A. Halim 3-24, Norzaifee Zainal 2-31.
Perak-TLDM 89 (26.4 over) Saifolnizam Md. Zuki 32, Nazirul Izuddin A. Halim 12, Asyraf A. Rahman 12. Nurfirdaus Hakimi Nasiruddin 4-27, Kamarul Anuar Azhar 4-22.
Pemain terbaik: Nurfirdaus Hakimi Nasiruddin (Ked)
Pengadil: Redzuan Shahadan (Sel), Bertle Alex James (NS)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KALAHKAN KUALA LUMPUR DENGAN 189 LARIAN
UKM 319-7 (50 over) Shafiq Sharif 78, Haziq Zainuddin 65, Fikri Makram Rosdi 55, Faiz M. Noor 44, Nik Azril Ariffin kekal 26. Fadzrin Kate-Lee 2-55, Faizshal Niaz-Lyn 2-58.
Kuala Lumpur 130-9 (50 over) Noor Afif Saufee 34, Faizshal Niaz-Lyn 32, Norharif Hamidon 10. Nik Azril Ariffin 2-21.
Pemain terbaik: Haziq Zainuddin (UKM)
Pengadil: Zahlan Hassan (Mel), Dr. Paleswaran Murugasu Rajah (NS)

PEMUKUL Tentera, Razman Zabri menghayun pukulan sisi sambil penjaga wiket Negeri Sembilan, Ibrahim Khalil Zakaria bersedia untuk bertindak di belakang kayu pancang dalam pertemuan di Oval SMK Tinggi Kajang pada 7 Mac 2012.
PEMUKUL Tentera, Razman Zabri menghayun pukulan sisi sambil penjaga wiket Negeri Sembilan, Ibrahim Khalil Zakaria bersedia untuk bertindak di belakang kayu pancang dalam pertemuan di Oval SMK Tinggi Kajang pada 7 Mac 2012.