Kedah, Kelantan diperangkap awal

KUALA LUMPUR - Pasukan separuh akhir tahun lepas, Kedah dan Kelantan terperangkap awal dalam Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja apabila tumpas dalam pembukaan saingan pada 6 Mac 2012.
 
Kedah tertiarap kepada Kuala Lumpur dengan 69 larian di Oval SMK Tinggi Kajang manakala Kelantan terpaksa akur dengan Negeri Sembilan apabila kecundang dengan 47 larian di Bayuemas Oval, Klang.
 
Dua finalis, Tentera selaku juara bertahan mengatasi Sabah dengan mudah, lapan wiket di STC Oval, Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia pula meratah Perak-TLDM dengan 248 larian di UKM Oval.
 
Pengurus Tentera, Mejar Norazman Ismail merancang untuk terus memenangi semua perlawanan pusingan awal bagi berentap dalam separuh akhir Jumaat ini.
 
Bagi Kelantan, pengurusnya, Zainuddin Harun berkata, skuad muda negeri itu akan memastikan aksi lebih bertenaga dalam dua lagi perlawanan pusingan awal.

 
KEPUTUSAN:
 
Tentera kalahkan Sabah dengan 8 wiket.
Sabah 65 (28.1 over) Johaniff Sofiz Adnan 19, Siswanto M. Hadi 13. Shukri A. Rahim 4-14, Suharril F. Shuib 3-13.
Tentera 66-2 (15.4 over) Ariffin Ramly 30, Razman Zabri 14, Hairil Anwar 13. Roszaidi Roslan 2-29.
Pemain terbaik: Shukri A. Rahim (Tentera)
Pengadil: Izmir A. Zakaria (Mel), Poobalan Loganathan (Sel)
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Perak-TLDM dengan 248 larian.
UKM 307-8 (50 over) Faiz M. Noor kekal 101, Shafiq Sharif 55, Faizal A. Hassan 31, Adam Zulkifli 30, Fikri Makram Rosdi 20. Rudy Ismandi Mansor 3-73, Putera Aino Ali 2-50.
Perak-TLDM 59 (18.2 over) Kamarul Efende Ismail 19, Putera Alno Ali 11. Faruq Hakimin Azmi 4-8, Aliman Ahmad 3-14, Hazrul Zainal 2-9.
Pemain terbaik: Faiz M. Noor (UKM)
Pengadil: Dr. Paleswaran Murugasu Rajah (NS), Bertle Alex James (NS)
 
Kuala Lumpur kalahkan Kedah dengan 69 larian (Kaedah Duckworth-Lewis kerana gangguan hujan)
Kuala Lumpur 264-9 (50 over) Noor Afif A. Saufee 87, Fauzan Malik 41, Nik Nazran Anuay 39, Fadzrin Kate-Lee 32. Asby Tan Aris 5-47, Kamarul Anuar Azhar 4-37.
Kedah 134-7 (31 over) Kamarul Anuar Azhar 29, Imran Zarith Zakaria 29. Hamzimifzhal Puad 2-32.
Pemain terbaik: Noor Afif A. Saufee (KL).
Pengadil: Zahlan Hassan, Redzuan Shahadan (Sel)
 
Negeri Sembilan kalahkan Kelantan dengan 47 larian.
N. Sembilan 210-8 (50 over) Azwar Tajri kekal 52, Zubair Asyraf Norazmi 40, Azman Tajri 24. Faeiz Redzuan Tarmizi 2-13, Saifful Hawari Hussein 2-18, Wafiq Irfan Zarbini 2-19.
Kelantan 163-9 (42.1 over) Che Wan Razlan Zalati 54, Saifful Hawari Hussein 32. Azwar Tajri 5-35, Anwar A. Rahman 2-28.
Pemain terbaik: Azwar Tajri (NS).
Pengadil: Sri Murigak Madhavan (Kel), Mathan Kumar Muniandy (Sel).