Kuala Langat sasar enam pemain ke Projek Kriket Nasional

ANTARA pemain terbabit dalam latihan berkelompok bersama Abdul Talib Hamid SK Seri Lanang padas 20 Februari 2012.

BANTING - Daerah Kuala Langat yang terkandung dalam Program Pembangunan Kriket Remaja di bawah kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia meletakkan sasaran menyediakan enam pemain ke Projek Kriket Nasional-Pembangunan Menengah bermula tahun depan.


 
Perkara ini disuarakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat Abdul Talib Hamid sewaktu melancarkan sesi latihan berkelompok empat sekolah di daerah berkenaan di bawah jurulatih Sri Lanka dari Kriket Melayu, Susil Ananda pada 20 Februari 2012.
 
Kriket Melayu memiliki empat sekolah peringkat menengah; Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, SMK Segambut Jaya (Kuala Lumpur), SMK Tinggi Kajang (Selangor) dan SMK Penang Free.
 
Empat sekolah yang terbabit secara menyeluruh terbabit dalam pembangunan Kriket Melayu ialah Sekolah Kebangsaan Bandar Banting, SK Seri Lanang, SK Bukit Changgang dan SK Bandar.
 
Turut sama hadir pada majlis berkenaan ialah penyelaras Kriket Melayu di Kuala Langat, Jacob Mathews, Ahli Majlis Kriket Melayu, Nik Anuay Abdullah dan semua Guru Besar keempat-empat sekolah terbabit.

ANTARA pemain terbabit dalam latihan berkelompok bersama Abdul Talib Hamid SK Seri Lanang padas 20 Februari 2012.

ANTARA pemain terbabit dalam latihan berkelompok bersama Abdul Talib Hamid SK Seri Lanang padas 20 Februari 2012.

Majlis telah  dirasmikan oleh Haji Abdul Talib Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat

Majlis telah  dirasmikan oleh Haji Abdul Talib Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat