Himpunan Klinik Kriket Astro terbesar

ANTARA peserta bawah 12 tahun yang menyertai Klinik Kriket Astro di gelanggang kriket Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi pada 12 Februari 2012.BANGI - Himpunan terbesar dalam sejarah Klinik Kriket Asto. Seramai 327 peserta bawah 12 tahun menyertai klinik kriket anjuran bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia-Astro-Universiti Kebangsaan Malaysia di gelanggang kriket UKM di sini pada 12 Februari 2012.
 
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob bagaimanapun berkata, jumlah yang dirancang hanya 200 sudah terlebih sasar dengan penyertaan daripada 35 sekolah di seluruh negara.

 

 
Program yang dimulakan hasil usaha Kriket Melayu dan Astro sejak tahun 2001 itu merupakan promosi terhadap Program Pembangunan Kriket Remaja yang dipelopori pertubuhan itu.
 
Wan Abdul Rahman berkata, himpunan itu merupakan kemuncak dalam program pembangunan bagi kumpulan bawah 12 termasuk lelaki dan perempuan. Daripada puluhan pusat bawah 12 Kriket Melayu, kumpulan peserta yang hadir adalah dari pusat di Bukit Petaling (Kuala Lumpur), Ipoh, Batang Padang (Perak), Kampung Gadong, Gemencheh (Negeri Sembilan), Kuala Lipis, Kerambit, Pekan (Pahang), Kampung Gelam (Melaka), Parit Jawa (Johor), Bayuemas dan Kuala Langat (Selangor).
 
UKM pula yang menjadi hos klinik sejak empat tahun lepas merupakan pusat prestasi tinggi kriket bagi Kriket Melayu yang menempatkan pemain bertaraf nasional dan pembekal kepada skuad utama dan belia negara.
 
Klinik kriket berkenaan pernah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bellamy dan SMK Victoria, Kuala Lumpur.
 
Dalam program sehari semalam, pemain projek UKM, jurulatih prestasi tingginya serta barisan jurulatih kontrak Kriket Melayu mengendalikan pelbagai kegiatan untuk menarik minat peserta.

ANTARA peserta bawah 12 tahun yang menyertai Klinik Kriket Astro di gelanggang kriket Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi pada 12 Februari 2012.
ANTARA peserta bawah 12 tahun yang menyertai Klinik Kriket Astro di gelanggang kriket Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi pada 12 Februari 2012.