Sri Lanka ratah Singapura

International Under 15 Cricket ChallengeOleh TL ANG
 
KLANG, 30 Mac -  Juara bertahan, Sri Lanka memulakan saingan dengan bergaya setelah membenam Singapura dengan enam wiket pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, di sini hari ini sekali gus melaungkan amaran untuk terus mempertahankan kejuaraan bagi tahun kedua berturut-turut.
 
Pertemuan dengan Malaysia esok di gelanggang sama masih memberikan kelebihan kepada pasukan daripada kalangan negara test itu setelah skuad tuan rumah terpaksa bertungkus lumus untuk mengatasi Singapura dengan satu wiket semalam.
 
Sri Lanka yang membariskan pasukan seimbang dan atas kertas lebih perkasa daripada barisan tahun lalu, terlalu yakin apabila memaksa Singapura memukul terdahulu pada sesi pagi.
 
Seperti aksi semalam, Singapura belum lagi mampu menghayun melepasi angka 100 apabila sekadar melakukan 93 dalam 26.3 over; kerugian 81 balingan yang diperuntukkan. Pembaling  Sri Lanka, Sachin Jayawardana memperoleh analisis terbaik antarabangsanya dengan empat wiket untuk lima larian.
 
Mohan James D' Souza berupaya mengumpulkan 36 larian sambil dibantu Varun Sivaram dengan 12 untuk memberikan peluang kepada Singapura daripada terlalu diaibkan.
 
Sri Lanka terlalu pantas walaupun berhati-hati dalam pukulannya untuk memastikan kecemerlangan dalam pertemuan pertama dengan  97-4 dalam 16.2 over. Pembuka pukulan, Shasheen Fernando mengumpulkan 37 larian di samping Leo Francisco, 19.
 
KEPUTUSAN:
 
Sri Lanka kalahkan Singapura dengan 6 wiket.
Singapura 93 (26.3 over) Mohan James D' Souza 36, Varun Sivaram 12. Sachin Jayawardana 4-5, Gihan Nimsara 3-19, Venuka Ashan 2-22.
Sri Lanka 97-4 (16.2 over) Shasheen Fernando 37, Leo Fracisco 19. Darshan Chohan 2-12.
Pemain terbaik: Sachin Jayawardana (Sri Lanka)
Pengadil: Shafizan Shahriman (Negeri Sembilan); Poobalan Loganathan (Selangor)
 
JADUAL 31 MAC:
 
MALAYSIA lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 10 pagi)