UKM juara bagi musim keempat

BARISAN pemain Universiti Kebangsaan Malaysia meraikan kejayaan menjadi juara saingan kriket Twenty20 UKM bagi musim keempat berturut-turut di Bayuemas Oval pada 29 Januari 2012.KUALA LUMPUR - Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjuarai saingan Kriket Twenty20 UKM sekali gus merangkul lagi Piala Menteri Pengajian Tinggi untuk musim keempat berturut-turut apabila menjinakkan University College of Technology & Innovation dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval, dekat sini semalam.
 
Bergaya apabila memaksa lawan untuk memukul, UKM diperkuatkan ramai pemain nastional cuma mengehadkan UCTI ke angka 127-9 dalam 20 over.
 
Tanpa memerah tenaga ke tahap maksimum, UKM menamatkan saingan dalam 15.3 over apabila melakukan 128-3 yang menyaksikan Suhan Kumar Alagaratnam mengumpulkan 38 larian tanpa tewas bersama pemukul berkulit gelap dari Kelantan, Fikri Makram Rosdi dengan 23 n.o.
 
''Ini merupakan permulaan untuk menjuarai banyak lagi pertandingan tahun ini. Saya menjangkakan kecemerlangan pula dalam Kejohanan Perisai Raja-Raja dua bulan lagi. Kita perlu meneruskan kehebatan,'' kata pengurus pasukan, Fairus Shafie.
 
UCTI  meletakkan angka baik pada kedudukan awal apabila pembuka pukulan, Usman Hashimi menghentam 44 larian. Sebaik dia dipulangkan ke astaka, pengumpulan larian semakin perlahan untuk skuad institusi pengajian tinggi swasta itu.

 
KEPUTUSAN BABAK AKHIR:
 
UCTI 127-9 (20 over) Usman Hashimi 44, Zain Ijaz 27. Nazril A. Rahman 2-17, Hazrul Zainal 2-32, Haziq Zainuddin 2-35.
UKM 128-3 (15.3 over) Suhan Kumar Alagaratnam kekal 38, Shafiq Shariff 26, Fikri Makram Rosdi kekal 23.
Pemain terbaik babak akhir: Suhan Kumar Alagaratnam (UKM).

BARISAN pemain Universiti Kebangsaan Malaysia meraikan kejayaan menjadi juara saingan kriket Twenty20 UKM bagi musim keempat berturut-turut di Bayuemas Oval pada 29 Januari 2012.

BARISAN pemain Universiti Kebangsaan Malaysia meraikan kejayaan menjadi juara saingan kriket Twenty20 UKM bagi musim keempat berturut-turut di Bayuemas Oval pada 29 Januari 2012.