UCTI layak bertemu juara bertahan

PEMUTAR UCTI, Waqas Khan menyerbut pemukul MMU dalam separuh akhir di Bayuemas Oval pada 28 Januari 2012. - Gambar IZHAM JAAFARKUALA LUMPUR - University College of Technology & Innovation (UCTI) menafikan kemaraan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dengan tujuh wiket pada 28 Januari 2012 untuk memastikan pertemuan dengan juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam babak akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, 29 Januari.

Terdahulu UKM menang juga dengan tujuh wiket ke atas naib juara 2011, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

UCTI melengkapkan kemaraan apabila mengatasi MMU dalam 16.2 over setelah meletakkan sasaran 122 untuk menang.

''Kami masih berkemampuan walaupun ketiadaan tiga pemain yang bermain di luar negara. Kami akan pastikan lawan tersungkur,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Kapten UCTI, Usman Hashimi menganggap pertemuan dengan UKM bagaikan ulangan babak akhir dua tahun lepas tetapi skuadnya boleh melakukan kejutan.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Teknologi Mara  dengan 7 wiket
Universiti Teknologi Mara 75-8
(20 over) Zubair Asyraf Norazmi  22, Kamarul Anuar Azhar 11. Muhd. Haziq Zainuddin 3-14, Faruq Hakimin Azmi 2-5.
Universiti Kebangsaan Malaysia 76-3 (13.1 over)  Faizal Abu Hassan kekal  34, Muhd. Adib Abd, Rahim 13.
Pemain terbaik : Faizal Abu Hassan (UKM)

University College of Technology & Innovation kalahkan Universiti Multimedia Malaysia dengan 7 wiket.
Universiti Multimedia Malaysia 121-4
(20 over) GP Nadon Kalhar Pathirana 42, Muhammad Ali Toor 32, Mohamed Shezan Passela 20. Waqas Khan 2-19, Taimoor Touseef 2-32.
Universiti College Technology & Innovation 126-3 (16.2 over) Taimoor Tauseef kekal 72, Faisal Hassan kekal  22, Usman Hashmi 17.  GP Nadon Kalhar Pathirana 2-19
Pemain terbaik : Taimoor Touseef (UCTI)

BABAK AKHIR (29 JANUARI 2012)

Universiti Kebangsaan Malaysia
lwn
University College of Technology & Innovation
( Bayuemas Oval, 9.30  pagi)

PEMUTAR UCTI, Waqas Khan menyerbut pemukul MMU dalam separuh akhir di Bayuemas Oval pada 28 Januari 2012. - Gambar IZHAM JAAFAR

PEMUTAR UCTI, Waqas Khan menyerbut pemukul MMU dalam separuh akhir di Bayuemas Oval pada 28 Januari 2012. - Gambar IZHAM JAAFAR