UKM yakin pertahan kejuaraan T20

SHAHRULNIZAM... Pemutar kidal yang kini bermain di Perth, Australia.KUALA LUMPUR - Setelah menguasai tiga kejohanan lepas dalam saingan kriket versi pendek; Twenty20, Universiti Kebangsaan Malaysia tidak merasakan tekanan dalam usaha meneruskan penguasaan pada Kejohanan Kriket Antara Varsiti T20 bermula 25 hingga 29 Januari 2012.
 
Walaupun kehilangan tiga pemain utama, Aminudin Ramly, Shahrulnizam Yusof dan Nik Azril Ariffin yang kini bermain di luar negara, pengurus pasukan Fairus Shafie masih merasakan peluang skuad 'juara' itu tetap berkemampuan untuk menjulang Piala Menteri Pengajian Tinggi untuk musim keempat berturut-turut.

 

 
Aminudin kini ditempatkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia di University of Glamorgan di United Kingdom untuk pendedahan di samping Shahrulnizam serta Nik Azril yang kini bermain dalam pertandingan aksi tinggi di Perth, Australia.
 
''Kami masih memiliki ramai pemain muda sebagai penampung kecemerlangan ketiga-tiga pemain ini dan kemantapan mereka terus digilap oleh jurulatih prestasi tinggi UKM, Mohammed  Salah Uddin dari Bangladesh,'' katanya.
 
Antara pemain yang bakal mengambil alih keperkasaan ini ialah Fikri Makram Rosdi dari Kelantan, Faruq Hakimin Azmi dari Kuala Lumpur dan Haziq Zainuddin dari Negeri Sembilan.
 
UKM berada dalam kumpulan A bersama dengan Universiti Utara Malaysia, APIIT UCTI dan Universiti Sains Malaysia. Manakala dalam kumpulan B pula ialah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UiTM, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Malaysia.
 
Pertandingan berlangsung di Bayuemas Oval, Klang dan Oval UKM, Bangi.

 

SHAHRULNIZAM... Pemutar kidal yang kini bermain di Perth, Australia.

SHAHRULNIZAM... Pemutar kidal yang kini bermain di Perth, Australia.