Pemain dan pegawai terima anugerah

ROSMANIZAM ABDULLAH menerima anugerah Tokoh Pengurusan Cemerlang daripada Tan Sri Muyhiddin Yassin di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012.SETIAUSAHA Agung Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Rosmanizam Abdullah bersama dua pemain kriket ternama kebangsaan, Aminudin Ramly dan Nik Azril Ariffin masing-masing dipilih menerima anugerah pada Malam All Stars di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012.

 

 
Rosmanizam menerima anugerah Tokoh Pengurusan Cemerlang manakala Aminudin dinobatkan sebagai Pemukul Terbaik 2011. Nik Azril pula pilih sebagai Pembaling Terbaik 2011.
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan anugerah berkenaan yang turut sama dihadiri Presiden Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
 
Aminudin kini terdedah kepada pengajian dan aksi di Universiti of Glamorgan, Wales manakala Nik Azril bermain dalam Liga Persatuan Kriket Australia Barat di Perth.
 
Kriket Melayu dengan Yayasan Sime Darby menempatkan dua pemain di Glamorgan dan dua di Perth dalam misi melonjakkan prestasi pemain kriket bertaraf nasional.

 

ROSMANIZAM ABDULLAH menerima anugerah Tokoh Pengurusan Cemerlang daripada Tan Sri Muyhiddin Yassin di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012.

ROSMANIZAM ABDULLAH menerima anugerah Tokoh Pengurusan Cemerlang daripada Tan Sri Muyhiddin Yassin di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur pada 18 Januari 2012.

.

.