Penjadualan ketat di Sri Lanka

Bawah 14KUALA LUMPUR - Lapan perlawanan akan diharungi oleh skuad kriket bawah 14 Melayu Malaysia dalam siri latihan pendedahan di Sri Lanka bermula 6  hingga 15 Disember ini.
 
Dengan diiringi oleh enam belas pemain dan tiga pegawai, skuad berkenaan yang akan diketuai oleh naib kapten skuad bawah 15 kebangsaan dari Kelantan, Faiz Ahmad Nasir merancang untuk memenangi hampir semua perlawanan yang telah diatur oleh Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka.
 
''Semua perlawanan yang dirancang membabitkan pasukan handal dan jangkaan untuk menang mudah tidak boleh dijanjikan. Kami merancang mengetuai cabaran dalam setiap sudut,'' kata pengurus dari Gemencheh, Negeri Sembilan, Norazmi Che Lah.
 
Antara pasukan gagah ialah juara bawah 15 Sri Lanka, St. Peters College bersama empat lagi pasukan utama, Royal College, DS Senanayake College, St. Thomas College dan St. Sebastian College.
 
Persatuan Kriket Melayu Malaysia memiliki program pendedahan peringkat usia bawah 14 dan 15 sejak tahun 2001 kerana Sri Lanka dianggap sebagai negara yang melahirkan ramai pemain peringkat sekolah paling handal di dunia.
 
''Tahun ini Kriket Melayu menyenaraikan skuad bawah 14 untuk menyediakan pasukan yang berwibawa menghadapi Cabaran Bawah 15 Antarabangsa 2012 di Kuala Lumpur dan saingan Trofi Melayu Antarabangsa (kumpulan bawah 15) di Cape Town, Afrika Selatan penghujung tahun depan.

 
PEMAIN KE SRI LANKA: Faiz Ahmad Nasir, Mahathir Razali, Nik Nazran Sufri Anuay, Faris Aizat Shaari, Harvindran Rajendran, Hadi Halem, Nashrul Ainullah Nordin, Afnan Ghazali, Izzat Mustafa Albakri, Fatah Ibrahim, Zaafarani Che Zalizan, Akmal Aizat Sham, Izat Amer Zeinuddin, Amdan Wiliyoh, Sudarmin Darwis, Pavandeep Singh Jagjit Singh.
 
Pengurus: Norazmi Che Lah
Jurulatih: Sarath Jayawardana
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn
 
JADUAL BAWAH 14:
 
6 Disember: Melayu Malaysia lwn Kelab Sukan Panadura.
7 Disember: Melayu Malaysia lwn Panadura Cricket Club
8 Disember: Melayu Malaysia lwn Asoka de Silva Cricket School.
10 Disember: Melayu Malaysia lwn St. Peters College.
11 Disember: Melayu Malaysia lwn Royal College.
13 Disember: Melayu Malaysia lwn DS Senanayake College.
14 Disember: Melayu Malaysia lwn St. Thomas College.
15 Disember: Melayu Malaysia lwn St. Sebastian College.

u14

u14

u14

u14

u14

u14

u14