Penang Free juara tahun kelima berturut-turut

BARISAN kriket SMK Penang Free merai kecemerlangan merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran bersama pegawai dan Abd. Ghafar Mahmud (barisan belakang, enam dari kiri) di Bayuemas Oval, Klangpada 16 Oktober 2011. - Gambar IZHAM JAAFARKUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free mengulangi keperkasaan untuk mengekalkan kejuaraan pada Cabaran Kriket Projek Kriket Nasional sekali gus menyimpan lagi Piala Ketua Pengarah Pelajaran bagi tahun kelima berturut-turut setelah mengatasi Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dengan kelebihan ining pertama di Bayuemas Oval, Klang dekat sini 16 Oktober 2011.

Bermula dengan sederhana dengan hanya mengumpulkan 179 larian dalam ining pertama, jaguh utara itu membayangkan penguasaan apabila hanya membenarkan SMK Victoria melakukan 158 tengah hari.

''Kami tersentak pada sesi pagi apabila SMK Victoria seakan-akan mencabar serbuan pasukan kami dalam gandingan wiket ketujuh mereka. Apa pun kemasukan pemutar berjaya meredakan kekhuatiran,'' kata pengetua SMK Penang Free, Ramli Din.  

SMK Penang Free memukul dalam ining kedua dan berupaya mengumpul 117 hingga lewat petang sehingga lawan tidak mempunyai masa lagi untuk mengejar.

Kejohanan yang dimulakan oleh Persatuan Kriket Melayu Malayia sejak tahun 2004 telah memastikan SMK Victoria menjuarai saingan hingga tahun 2006. SMK Penang Free pula bergelar juara sejak 2007 hingga sekarang. Tahun ini empat pasukan projek menyertai termasuk SMK Tinggi Kajang dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Tahun depan sebuah lagi sekolah projek, SMK Segambut Jaya akan bertanding.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri. Abd. Ghafar Mahmud menyampaikan hadiah kepada pemenang.


KEPUTUSAN

SMK Penang Free atasi SMK Victoria, Kuala Lumpur dengan kelebihan ining pertama.

SMK Penang Free 179 (57.4 over) Ahmad Tajudin Ismail kekal 56, Mahathir Razali 33, Zul Hairy Jumakatim 28, Che Wan Razlan Zalati 22. Azwar Tajiri 5-23, Norharif Hamidon 2-24.
SMK Victoria 158 (55.5 over) Azwar Tajri 39, Hamzimifzhal Puad 23, Noor Afif a. Saufee 19. Fadzrin Kate-Lee 3-26, Harvindran Rajendran 3-29.
SMK Penang Free 117 (60.2 over) Che Wan Razlan Zalati 31, Fadzrin Kate-Lee 26, Tharma Raj CM 19. Azwar Tajri 4-33, Fauzan Malik 3-17, Norharif Hamidon 2-16.

Pemain terbaik kejohanan: Norharif Hamidon (SMK Victoria)
Pemain terbaik perlawanan: Ahmad Tajudin Ismail (SMK Penang Free)

BARISAN kriket SMK Penang Free merai kecemerlangan merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran bersama pegawai dan Abd. Ghafar Mahmud (barisan belakang, enam dari kiri) di Bayuemas Oval, Klangpada 16 Oktober 2011. - Gambar IZHAM JAAFAR
BARISAN kriket SMK Penang Free merai kecemerlangan merangkul Piala Ketua Pengarah Pelajaran bersama pegawai dan Abd. Ghafar Mahmud (barisan belakang, enam dari kiri) di Bayuemas Oval, Klangpada 16 Oktober 2011. - Gambar IZHAM JAAFAR

kp

kp