Malaysia hampir tersungkur

International Under 15 Cricket ChallengeOleh TL ANG
 
KLANG, 29 Mac - Tuan rumah, Malaysia berhadapan masalah besar pada hari pertama Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa walaupun berupaya menang dengan satu wiket di Bayuemas Oval, Klang, hari ini.  
 
Kejohanan tiga penjuru merebut Trofi Tuanku Ja'afar yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahn 2004 turut membabitkan juara bertahan, Sri Lanka.
 
Tertekan dengan hanya 98 larian yang dikumpul Singapura, Malaysia kehilangan dua wiket awal pada kedudukan 13 sebelum berhenti rehat pada sesi tengah hari yang turut diselangi hujan renyai-renyai.
''Kedudukan Malaysia semakin mencemaskan sehingga kedudukan 68-7 dan seterusnya 77-8 tetapi nasib tidak menyebelahi pelawat.
 
''Kami perlu memastikan gandingan terutama sekali larian antara wiket diperkemaskan. Saya tidak tahu apa sudah terjadi dengan pemain kerana 13 daripada 14 pemain sudah terdedah dalam pertandingan peringkat antarabangsa banyak kali,'' kata pengurus Malaysia, Mat Rani Seman.
 
Singapura bermula perlahan pada sesi pagi tetapi tersentak pada pertengahan angka himpunan mereka apabila kehilangan enam wiket.
 
''Matlamat asal kami ialah melakukan sekurang-kurang 150 larian. Ini dikira baik kerana sebahagian besar pemain Singapura baru digandingkan. Angka 98 di papan catatan tidak cukup.
 
''Apapun Malaysia memadang dengan baik dan terutama sekali pemutar kiri (Fitri Sham) yang meratah lima wiket Singapura,'' kata pengurus Singapura, Narender Reddy.

 

KEPUTUSAN:
 
Malaysia kalahkan Singapura dengan 1 wiket.
Singapura 98 (27.3 over) Keshan Sekhar kekal 26, Varun Sivaram 22. Fitri Sham 5-13, Tharma Raj CM 2-25.
Malaysia 99-9 (32.4 over) Kavintheran Kumar 22, Ahmad Tajudin Ismail 21. Varun Sivaram 17, Keshan Sekhar 3-22.
Pemain terbaik: Fitri Sham (MAS)
 
JADUAL 30 MAC:
 
SRI LANKA lwn SINGAPURA
(Bayuemas Oval, 10 pagi)
 
PEMBALING pembukaan bawah 15 negara, Kavintheran Kumar melakukan rayuan kepada pengadil terhadap keputusan mati halangan kaki sewaktu menentang Singapura di Bayuemas Oval, 29 Mac 2009.
PEMBALING pembukaan bawah 15 negara, Kavintheran Kumar melakukan rayuan kepada pengadil terhadap keputusan mati halangan kaki sewaktu menentang Singapura di Bayuemas Oval, 29 Mac 2009.
 
PEMUTAR kidal negara, Fitri Sham bergaya sewaktu menyerbu pemukul Singapura. Fitri kemudian dinamakan pemain terbaik perlawanan itu dengan rangkulan lima wiket lawan.
PEMUTAR kidal negara, Fitri Sham bergaya sewaktu menyerbu pemukul Singapura. Fitri kemudian dinamakan pemain terbaik perlawanan itu dengan rangkulan lima wiket lawan.