Universiti Colombo kuasai kejohanan

KUALA LUMPUR - Universiti Colombo, Sri Lanka menyempurnakan hajat untuk menjadi juara Kriket Undangan  Antara Varsiti Antarabangsa apabila memang mudah 72 larian ke atas Universiti Chittagong dari Bangladesh dalam babak akhir berat sebelah di Bayuemas Oval, dekat sini pada 9 Oktober 2011.
 
Tersentak dengan hanya melakukan 150 larian untuk sem bilan wiket dalam sesi pagi, Universiti Colombo menggegar lapangan tengah apabila memulangkan empat pemukul Universiti Chittagong ke astaka pada kedudukan tujuh larian di papan catatan.
 
''Cukup menakutkan pada peringkat awal tetapi apabila barisan kami yang memadang dapat memaksa pemukul hebat lawan ke astaka dalam empat over pertama, kami semakin yakin untuk menjulang kejuaraan,'' kata pengurus merangkap jurulatih Universiti Colombo, Senarath Alwis.
 
Dalam ketenatan 42-7, Universiti Chittagong terhenti pukulan pada 78 untuk memberikan kemenangan bermakna kepada wakil Sri Lanka yang menyertai pertandingan ini sejak saingan pertama empat tahun lepas.
 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Colombo 150-9 (50 over) Thisara Setunga 26, Kasun Wijegunawardena 22, Nipon Fernando 21. Rezaul Karim 4-27, Ali Ajmain 2-20.
 
Universiti Chittagong 78 (38.3 over)  Tanvir Hossain kekal 18, Showan Mitra 18. Thisara Seetunga 4-14, Mahesh Sandaruwan 3-15.
 
Pemain terbaik kejohanan: Mahesh Sandaruwan (Universiti Colombo)
Pemain terbaik babak akhir: Thisara Setunga (Universiti Colombo)