Kemenangan besar wakil Singapura

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Nanyang (Singapura) mengumpulkan angka tinggi sekali gus menumpaskan pasukan kerdil, Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai dengan 261 larian dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa yang diselangi dengan gangguan hujan di Bayuemas Oval, Klang pada 5 Oktober 2011.
 
Dengan angka tertinggi 480-2 dalam hanya 34 over, pasukan berkenaan memastikan tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung Jumaat.
 
Dengan keputusan itu, naib juara tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpaksa menunggu pertarungan antara Universiti Chittagong dengan Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai bagi menentukan sebuah lagi pasukan ke separuh akhir.
 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Sunway dan  Universiti Nottingham tiada keputusan kerana hujan.
Universiti Sunway 96-7
( 40 over) Niket Nulla kekal 59. Maruf Hasan 3-16.
 
Universiti Teknologi Nanyang (Singapura) kalahkan Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai (China) dengan  261 larian mengikut kaedah Duckworth-Lewis. Sasaran 303 dalam 20 over.
Universiti Teknologi Nanyang 480-2
(34 over) Arjun Mutreza 135, Anantha Krishna 110, Mustafa Hussain kekal  97, Anoop Kinjadekar kekal 76. Yang Da 2-53.
Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai 42 (17.2 over) Wang Hongbin 8, Gao Qiaohong 6, Zang Jun 5.
Srinath Govinarasan 3-11, Muhamad Fahmin 2-3, Arut Shukla  2-9, Arjun Mutreza 2-15.
Pemain terbaik: Arjun Mutreza (Universiti Teknologi Nanyang)
 
JADUAL 6 OKTOBER:
 
Universiti Chittagong lwn Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai
(UKM Oval, 10 pagi)
 
Universiti Sukan Shenyang lwn Universiti Sunway
(Bayuemas Oval, 10 pagi)