Tuan rumah kembali bersemangat

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bangkit daripada kejutan dua hari lalu apabila berjaya mengatasi Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai (China) dengan lapan wiket pada Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval, dekat sini pada 3 Oktober 2011.
 
Bermain di padang antarabangsa serba lengkap, pelawat dari Republik Rakyat China itu tertiarap pada angka 36 sebelum tuan rumah mengatasinya hanya dalam 2.4 over.
 
''Kami perlu cukup rehat dan penumpuan untuk meneruskan kemenangan apabila menentang Universiti Chittagong dalam pertemuan berikut,'' kata jurulatih dari Bangladesh, M. Salah Uddin.
 
Pada pertemuan pembukaan Sabtu, UKM tewas kepada Universiti Teknologi Nanyang dari Singapura dengan 24 larian. Dalam satu lagi perlawanan, Universiti Colombo pula tewas 30 larian kepada Universiti Sunway di UKM Oval, Bangi.
 
KEPUTUSAN:
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai (China) dengan 8 wiket.
Kolej Instrumentasi Perubatan Shanghai 36
(17.3 over) Zhao Gaosheng 11. Shahrulnizam Yusof 5-13, Nik Azril Arifin 4-12.
Universiti Kebangsaan Malaysia 39-2 (2.4 over) Muhammad Younis 20.
Pemain terbaik: Shahrulnizam Yusof (UKM).
 
Universiti Sunway (Malaysia) kalahkan Universiti Colombo (Sri Lanka) dengan 30 larian
Universiti Sunway 139
(47.2 over) Sabbir Hossen 66, Tarik Aziz 23, Ziaul Alam Rony 10; J. Munidasa 3-21, B. Sadaruwan 3-26, S. Wijewardena 2-32.
Universiti Colombo 109 (46.1 over) U. Siriwardhena 18, S. Wijewardena 15, J. Munidasa 12, P. Ariyarathna 11; Usman Ali 3-23, Sobuj Sarker 2-10, Tarik Aziz 2-11, Maruf Hasan 2-16.
Pemain terbaik: Sabbir Hossen (Universiti Sunway).  
 
JADUAL 4 OKTOBER:
 
Universiti Colombo lwn Universiti Sukan Shenyang
(UKM Oval, 10 pagi)
 
Universiti Kebangsaan Malaysia lwn Universiti Chittagong
(Bayuemas Oval, 10 pagi)