Kriket Melayu wujudkan pusat ke-18 di Kuala Lipis

AHMAD SARJI menyampaikan antara pealatan kriket kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Haidzir Hussin (dua dari kiri) sewaktu pelancaran pusat ke-18 Program Pembangunan Kriket Remaja baru-baru ini.KUALA LIPIS - Persatuan Kriket Melayu Malaysia terus mengaktifkan pembangunan kriket di luar bandar apabila melancarkan pusat ke-18 projek mengembangkan pemain bawah 12 tahun di sini pada 30 September 2011.
 
Pusat di Kuala Lipis dalam Program Pembangunan Kriket Remaja dilancarkan oleh Presiden Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid setelah pertubuhan itu mengenal pasti pusat berkenaan di samping memulakan latihan pengenalan empat bulan lepas di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford sambil diawasi oleh jurulatih dari Kerambit, Sulfian Izudi Deraman.

Ahmad Sarji amat berpuas hati dengan sambutan di Kuala Lipis lebih-lebih lagi ia mendapat pengawasan terus daripada Pengetua SMK Clifford, Haidzir Hussin serta barisan pengurusan sekolah berkenaan.

''Apabila melihat sahaja sambutan yang amat meyakinkan, saya percaya Kuala Lipis akan melahirkan ramai pemain peringkat usia kebangsaan dan skuad utama nasional berdasarkan pengalaman kami dalam membangunkan kriket.

"Sebagai contoh, Gemencheh di Negeri Sembilan yang dilancarkan tahun 1999 telah menyenaraikan lima pemain utama kebangsaan sekarang. Tidak terkecuali, Pekan (Pahang), Kota Bharu dan Kuala Krai (Kelantan) yang membariskan pemain bawah 15 dan bawah 19 Malaysia,'' kata Ahmad Sarji.

Di samping melancarkan program berkenaan, beliau turut menyempurnakan pembukaan gelanggang latihan baru bernilai puluhan ribu ringgit yang dibina oleh Kriket Melayu di SMK Clifford.

Pengetua SMK Clifford, Haidzir Hussin berkata, di samping membangunkan pemain bawah 12, sekolahnya juga akan mengambil kesempatan untuk membariskan ramai pemain di sekolah menengah.

SMK Clifford amat bertuah kerana menerima kemasukan murid tahun empat hingga pelajar tingkatan enam di bawah Program Indera Shahbandar yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dahulu.
 
AHMAD SARJI menyampaikan antara pealatan kriket kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Haidzir Hussin (dua dari kiri) sewaktu pelancaran pusat ke-18 Program Pembangunan Kriket Remaja baru-baru ini.
AHMAD SARJI menyampaikan antara pealatan kriket kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, Haidzir Hussin (dua dari kiri) sewaktu pelancaran pusat ke-18 Program Pembangunan Kriket Remaja baru-baru ini.
 
AHMAD SARJI dan pengurusan sekolah serta jurulatih bergambar dengan pemain kriket bawah 12 di gelanggang latihan baru yang dibina oleh Kriket Melayu di SMk Clifford, Kuala Lipis baru-baru ini.
AHMAD SARJI dan pengurusan sekolah serta jurulatih bergambar dengan pemain kriket bawah 12 di gelanggang latihan baru yang dibina oleh Kriket Melayu di SMk Clifford, Kuala Lipis baru-baru ini.