UKM tumbang kepada wakil Singapura

PEMUKUL Universiti Teknologi Nanyang Singapura tangkas melakukan pukulan manakala penjaga wiket Unversiti Kebangsaan Malaysia, Shafiq Sharif bersedia di belakang kayu pancang dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi pada 1 Oktober 2011.KUALA LUMPUR - Memeranjatkan.  Naib juara tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia tersungkur kepada pasukan tidak ternama, Universiti Teknologi Nanyang dari Singapura dengan 24 larian dalam Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval, Bangi dekat sini pada 1 Oktober 2011.

Lain pula di Bayuemas Oval, Klang, Universiti Colombo, dari Sri Lanka telah memperlihatkan kegarangan setelah menumbangkan Unversiti Nottingham (England) dengan lapan wiket.

Dengan sasaran kecil, UKM gagal menggunakan peluang keemasan untuk memintas angka Universiti Teknologi Nanyang apabila hanya dua pemukul, Fikri Makram Rosdi dan Shafiq Sharif berganding baik di lapangan tengah.

''Dengan kekecewaan ini, UKM bakal mengharungi ranjau untuk menduduki dua  tempat teratas bagi membahui peluang ke separuh akhir. Malang pada hari pertama diharapkan tidak memusnahkan semua peluang dalam pertandingan tahun ini,'' kata Pegawai Kanan Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie.

Bagi pengurus Universiti Colombo, Senarath Alwis, kemenangan mudah hari pertama bakal melonjakkan peluang pasukan berkenaan untuk mengatasi kekecewaan menduduki tangga ketiga tahun lepas. ''Kami lebih bersedia kali ini,'' katanya.


KEPUTUSAN
Universiti Teknologi Nanyang (Singapura) kalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan 24 larian.
Universiti Teknologi Nanyang 148 (41.1 over) Anantha Krishna 48, Arjun Mutreja 45, Mohamad Fahmin 13, Raghav Rastogi 12; Muhammad Younis 4-9, Haziq Zainuddin 2-35.
Universiti Kebangsaan Malaysia 124 (37.4 over) Fikri Makram Rosdi 24, Shafiq Sharif 22, Haziq Zainuddin 18, Aliman Ahmad 16; Arjun Mutreja 3-24, Mohamad Fahmin 2-12, Jeewantha Perera 2-19.
Pemain Terbaik: Arjun Mutreja (Universiti Teknologi Nanyang).  
 
Universiti Colombo (Sri Lanka) kalahkan Universiti Nottingham (England) dengan 8 wiket.
Universiti Nottingham 143 (36.1 over) Niket Lulla 43, Mehdi Raza 24, Mudasir Fayyaz 22, Ali Rogatia 19; M. Sethunga 5-30, J. Munidasa 2-24.
Universiti Colombo 149-2 (18.4 over) C. Rajapksha kekal 63, E. Wijegunawardane 25, J. Karunarathne kekal 21; Faaiq Fouz 2-21.
Pemain Terbaik: M. Sethunga (Universiti Colombo).  
 
JADUAL 2 OKTOBER:
Universiti Nottingham (England) lwn Universiti Sukan Shenyang (China)
(UKM Oval, Bangi, 10 pagi)

Universiti Teknologi Nanyang (Singapura) lwn Universiti Chittagong (Bangladesh)
(Bayuemas Oval, 10 pagi)

PEMUKUL Universiti Teknologi Nanyang Singapura tangkas melakukan pukulan manakala penjaga wiket Unversiti Kebangsaan Malaysia, Shafiq Sharif bersedia di belakang kayu pancang dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi pada 1 Oktober 2011.

PEMUKUL Universiti Teknologi Nanyang Singapura tangkas melakukan pukulan manakala penjaga wiket Unversiti Kebangsaan Malaysia, Shafiq Sharif bersedia di belakang kayu pancang dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi pada 1 Oktober 2011.