Kriket Kelantan: Pegawai jajahan antara muka baru dipilih

ANTARA ahli Persatuan Kriket Kelantan yang menghadiri mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di D' Mawar Resort, Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.TANAH MERAH - Pegawai Jajahan Tanah Merah, Zamri Ismail merupakan antara muka baru yang dipilih menganggotai majlis Persatuan Kriket Kelantan yang mengadakan mesyuarat agung tahunan penggal 2011-2013 di sini minggu lepas.

Zamri, 49, menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.  Beliau yang terbabit secara langsung dalam pembangunan sukan di Kelantan bertekad untuk sama-sama membangunkan kriket yang semakin popular di negeri berkenaan.

Turut sama dipilih ke dalam majlis berkenaan buat pertama kali ialah pegawai di pejabat jajahan di sini, Ramli A. Rahman dan seorang guru, Zul Suberi Hassan yang masing-masing disenaraikan sebagai anggota majlis biasa.


Peguam dan ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad, Azmi Mohd. Ali kekal presiden manakala peniaga, Datuk Ibrahim Ismail yang terdahulu memegang jawatan timbalan presiden bertukar jawatan sebagai ahli majlis biasa.

Timbalan Ketua Jajahan Jeli, Nik Mohd. Azlan Abdul Hadi masih diberi mandat selaku naib presiden.

 
AHLI MAJLIS KRIKET KELANTAN 2011-2013

Yang Dipertua: Azmi Mohd. Ali
Timbalan Yang Dipertua:  Zamri  Ismail
Naib Yang Dipertua: Rosmanizam Abdullah, Nik Mohd. Azlan Abd. Hadi
Setiausaha: Hanuzi Zaharim
Penolong Setiausaha: Mat Rani Seman
Bendahari: Nik Tajuddin Abd. Majid
Ahli Majlis Biasa: Datuk Ibrahim Ismail, Zainuddin Harun, Sabri Nawi, Zaki Malik, Zul Suberi Hassan, Aziz Jaafar, Ramli A. Rahman

a

ANTARA ahli Persatuan Kriket Kelantan yang menghadiri mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu di D' Mawar Resort, Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.