Bukit Petaling perangkap Bayuemas

BARISAN Bukit Petaling meraikan kecemerlangan memenangi Perisai Tun Ahmad Sarji apabila mengalahkan Bayuemas dengan 37 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 11 Jun 2011.KUALA LUMPUR - Wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling mencipta nama sebagai pemenang dalam penyertaan pertama Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menghumban Bayuemas dari Klang dengan 37 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 11 Jun 2011.

Walaupun hanya melakukan 98 larian, ternyata Bukit Petaling berjaya memulangkan pemukul utama Bayuemas ke astaka pada awal permainan untuk memastikan kecemerlangan merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji.

 


 

''Permainan cukup baik walaupun angka rendah dikumpul oleh kedua-dua pasukan. Saya berpuas hati dengan penampilan buat pertama kali tiga pemain perempuan dalam kejohanan ini sebagai kesinambungan pembangunan program bawah 12 pertubuhan ini,'' kata Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Lapan pasukan terbaik daripada puluhan pusat pembangunan Kriket Melayu disenaraikan bertanding dalam kejohanan ini sejak diperkenalkan pada tahun 1999.


KEPUTUSAN BABAK AKHIR


Bukit Petaling kalahkan Bayuemas dengan 37 larian.
Bukit Petaling 98-9
(25 over) Said Khairul Niza 41, Virandeep Singh Jagit Singh18. Nabil Azhar 4-12, Syahmi Firdaus Sadali 2-6, Zubaidi Zulkifli 2-26.
Bayuemas 61 (16.3 over) Vimallan Palaniandy  kekal 15, Syahmi Firdaus Sadali 12. Arif Danial Mustapha Kamal 4-12, Hafiz  Khair 3-12.
Pemain terbaik babak akhir: Arif Danial Mustapha Kamal (Bukit Petaling)
Pemain terbaik kejohanan: Virandeep Singh Jagjit Singh (Bukit Petaling)
Pengadil:  Dr. Paleswaran Murugasu Rajah  (NS); Shahrul Amri Salleh (Kedah)

BARISAN Bukit Petaling meraikan kecemerlangan memenangi Perisai Tun Ahmad Sarji apabila mengalahkan Bayuemas dengan 37 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 11 Jun 2011.

BARISAN Bukit Petaling meraikan kecemerlangan memenangi Perisai Tun Ahmad Sarji apabila mengalahkan Bayuemas dengan 37 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 11 Jun 2011.