Bukit Petaling layak bertemu Bayuemas dalam babak akhir

KUALA LUMPUR – Dua pendatang baru, Bukit Petaling dari Kuala Lumpur dan Bayuemas (Klang) memastikan kemaraan ke babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan setelah menyingkirkan lawan masing-masing dalam separuh akhir di Bayuemas Oval, Klang pada 10 Jun 2011.

Bukit Petaling menang tipis, lima larian ke atas Pekan dari Pahang setelah pertemuan hanya mempertaruhkan 12 over berikutan hujan mengganggu aksi pada sebelah pagi.

Manakala pertemuan babak petang pula memberi kemenangan besar kepada Bayuemas (Klang), sembilan wiket ke atas Kuala Langat.

‘’Penyertaan pertama kedua-dua pasukan pasti menghangatkan perebutan Perisai Tun Ahmad Sarji dalam babak akhir nanti,’’ kata pengarah kejohanan, Mohsain Hashim.

Barisan juara, naib johan dan pasukan yang layak ke separuh akhir menerima hadiah wang tunai lumayan dalam pertandingan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia untuk lapan pasukan terbaik dalam program pembangunannya.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Bukit Petaling kalahkan Pekan dengan 5 larian. Perlawanan mempertaruhkan 12 over berikutan gangguan hujan.
Bukit Petaling  56-5
(12 over) Muhaimin Salahuddin kekal15, Hafiz Khair 12. Akmal Khuzairi Karim 2-10.
Pekan 51-6 (12 over) Firdaus Amir Nor 21, Syakir Iman Yasin 11. Virandeep Singh Jagjit Singh 4-6.
Pemain terbaik: Virandeep Singh Jagjit Singh (Bukit Petaling)
Pengadil: Nazaruddin Mohammad  (Pahang); Shahrul Amri Salleh (Kedah)

Bayuemas kalahkan Kuala Langat dengan 9 wiket.
Kuala Langat 93
(25 over) Amirul Rashid Samad 25, Ainool Haqqiem Yatim kekal 15, Roslan Ismail 10.  Zubaidi Zulkifli 5-16, Nabil Azhar 2-20.
Bayuemas 96-1 (13.4 over) Ammar Jaafar kekal 44, Ikhwansyah Maskuri 27.
Pemain terbaik: Ammar Jaafar (Bayuemas)
Pengadil: Nazaruddin Mohammad  (Pahang); Shahrul Amri Salleh (Kedah)