Finalis tahun lepas tersungkur

PEMAIN Pekan meraikan kehebatan Amir Jazli Razali yang diisytihar pemain terbaik perlawanan ketika menentang Westlands di Bayuemas Oval pada 9 Jun 2011.KUALA LUMPUR - Dua finalis tahun lalu, Kota Bharu dan Westlands dari Pulau Pinang terhenti kemaraan ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila tumpas kepada lawan dalam pertemuan terakhir kumpulan pada 9 Jun 2011.
 
Cukup menyedihkan, Kota Bharu tumbang kepada Kuala Langat dengan 44 larian di UKM Oval yang menyaksikan juara tahun 2009 dan 2010 itu hanya menang satu daripada tiga pertemuan peringkat awal. Westlands pula tidak berkemampuan apabila kalah mudah dengan tujuh wiket kepada Pekan.
 
Dengan ketiadaan dua pasukan pilihan itu, dua pendatang baru, Bayuemas dari Klang dan Bukit Petaling (Kuala Lumpur) mengetuai kumpulan masing-masing untuk saingan separuh akhir di Bayuemas Oval pada 10 Jun 2011..
 
Bayuemas bertemu Kuala Langat manakala Pekan berhadapan Bukit Petaling dalam perhitungan ke babak akhir.

 
KEPUTUSAN

Pekan kalahkan Westlands dengan 7 wiket.
Westlands 55
(14.5over) Ammar Luqman  Aziz 11, Daniel Putra Kamaruddin 10. Amir Jazli  Razali 4-10, Sauqi Zul Kanali 2-1, Syakir Iman Yasin 2-9, Shazrul NIzam Che Mat 2-13.
Pekan 57-3 (9.4 over) Syakir Iman Yasin kekal 22, Syazrul Nizam Che Mat 10. Dheevash Roshan Kumarasamy 2-31.
Pemain terbaik: Amir Jazli  Razali (Pekan)
Pengadil: Shahrul Amri Salleh (Kedah) ;Hafiz Zaman Huri (NS)

Bayuemas kalahkan Parit Jawa dengan 8 wiket.
Parit Jawa 82-9
(25 over) Ammar Uzair Fakri 18, Azuan Razali 10. Syahmi Firdaus Sadali 2-5, Nabil Azhar 2-6, Zubaidi Zulkifli 2-21.
Bayuemas 85-2 (11.4 over) Afzan Zaharudin kekal 31, Ammar  Jaafar 26.
Pemain terbaik: Afzan Zaharudin (Bayuemas)
Pengadil: Shahrul Amri Salleh (Kedah); Hafiz Zaman Huri (NS)

Kuala Langat kalahkan Kota Bharu dengan 44 larian.
Kuala Langat 137-9
(25 over) Hasif Norhaizan kekal 36, Rashid Samad 35, Roslan Ismail 10. Che Muhamad Fairuz Che Saari 3-28.
Kota Bharu 93 (22 over) Fadli Haris Rahman 10. Hafizuddin Ghafar 4-27, Amirul Rashid Samad 3-16.
Pemain terbaik: Amirul Rashid Samad (Kuala Langat)
Pengadil: Nazaruddin Mohammad  (Pahang); Dr. Paleswaran Rajah (NS)

Bukit Petaling kalahkan Kg. Gelam dengan 38 larian
Bukit Petaling 120-8
(25 over) Verandeep Singh Jagjit Singh 42. Haziq Hashim 3-40, Islah Muhaimin Zol  2-14, Faris Zakaria 2-22.
Kg. Gelam 82 (22.1 over) Haziq Hashim 21,  Aliff Ikhmal Jefry 10.  Hafiz Mohd. Khair 2-7, Aiman Mustafa Albakri  2-21.
Pemain terbaik: Virandeep Singh Jagjit Singh (Bukit Petaling)
Pengadil: Nazaruddin Mohammad  (Pahang); Dr. Paleswaran Rajah (NS)

PEMAIN Pekan meraikan kehebatan Amir Jazli Razali yang diisytihar pemain terbaik perlawanan ketika menentang Westlands di Bayuemas Oval pada 9 Jun 2011.

PEMAIN Pekan meraikan kehebatan Amir Jazli Razali yang diisytihar pemain terbaik perlawanan ketika menentang Westlands di Bayuemas Oval pada 9 Jun 2011.