Kota Bharu, Westlands masih belum pasti

PENJAGA WIKET Parit Jawa, Ammar Yuzair hampir berjaya menajangkap bola hayunan pemukul Pekan dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di UKM Oval pada 8 Jun 2011.KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kota Bharu dan naib johan tahun lepas, Westlands (Pulau Pinang) terpaksa bertarung untuk penentuan sama ada berupaya ke separuh akhir  setelah kedua-dua pasukan tumpas dalam pertemuan kedua Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan pada 8 Jun 2011.

Wakil Kelantan itu tertiarap dengan 97 larian kepada Bukit Petaling dari Kuala Lumpur di Bayuemas Oval manakala Bayuemas dari Klang, Selangor menumbangkan Westlands dengan 14 larian di UKM Oval.

‘’Westlands akan bertemu Pekan dan satu lagi bakal menentu nasib Kota Bharu serta Kuala Langat kerana kedua-dua pasukan ‘pilihan’ itu hanya menang satu perlawanan. Ini cukup menarik,’’ kata pengarah kejohanan Mohsain Hashim yang dilantik oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Dua pasukan berkenaan akan mengiringi dua pendatang baru, Bayuemas dan Bukit Petaling yang sudah pun layak untuk bertarung dalam separuh akhir pada 10 Jun di Bayuemas Oval, esok.

KEPUTUSAN

Pekan kalahkan  Parit Jawa dengan 14 larian
Pekan  83 (22.5 over) Shazrul Nizam Che Mat 32,Shamsul Zairul  Amin Shamsudin 12, Hazim  Aqil.Yunus 2-9, Halim Abu Bakar 2-10,Norebby Ilham Asoha  2-14, Nasuha Aidil Jamal  2-19.
Parit  Jawa 69 (22.4 over)  Ammar Uzair Fakri 23.Umar Suhaimi  4-11, Shazrul Nizam Che Mat 3-10, Amir Jazli  Razali 2-11.
Pemain terbaik :  Shazrul Nizam Che Mat (Pekan)
Pengadil : Batumalai Ramani KL); Nazaruddin Muhammad (Pahang)

Bayuemas kalahkan Westlands dengan 3 wiket.
Westlands 89-5
(25 over) Daniel Putra Kamaruddin 44. Zubaidi Zulkifli 2-12.
Bayuemas 90-7 (22.2 over) Ammar Jaafar 21, Ikhwansyah Maskuri 21. Dheevash Roshan Kumarasamy  3-15, Ammar Luqman Abd. Aziz  2-24.
Pemain terbaik: Daniel Putra Kamaruddin (Westlands)
Pengadil : Batumalai Ramani (KL); Nazaruddin Muhammad (Pahang)

Kuala Langat kalahkan Kg. Gelam dengan 23 larian berpandukan kiraan Duckworth-Lewis kerana gangguan hujan. Sasaran 97.
Kuala Langat 143-6 (25 over) Amirul Rashid 50, Hafizudin Ghafar 18, Hasif Norhaizan 14, Zikri Idris 10.
Kg. Gelam  74-9 (17 over) Ikhwan Faiz Johari 18, Faiz Kamaruzaman 14, Alif Ikhmal Jefri 10. Amirul Rashid 7-21.
Pemain terbaik : Amirul Rashid Abdul Samad (Kuala Langat)
Pengadil : Hafiz Zaman Huri (NS);Shahrul Amri Salleh (Kedah)

Bukit Petaling kalahkan Kota Bharu dengan 97 larian
Bukit Petaling 158-4
(25 over) Virandeep Singh Jagjit Singh 48, Said Khairul Niza 27, Hafiz Mohd. Khair kekal 27, Muhamin Salahuddin 16.
Kota Bharu  61 (14 over) Fadli Haris Abdul Rahman 20. Aiman Mustafa Albakri 4-13, Kosyan Indran 3-15, Muhammad Arif 2-14.
Pemain terbaik :  Aiman Mustafa Albakri  (Bukit Petaling)
Pengadil : Hafiz Zaman Huri (NS);Shahrul Amri Salleh (Kedah)

PENJAGA WIKET Parit Jawa, Ammar Yuzair hampir berjaya menajangkap bola hayunan pemukul Pekan dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di UKM Oval pada 8 Jun 2011.

PENJAGA WIKET Parit Jawa, Ammar Yuzair hampir berjaya menajangkap bola hayunan pemukul Pekan dalam saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di UKM Oval pada 8 Jun 2011.