Kriket Melayu mulakan penempatan luar negara

AHMAD SARJI bersama sebahagian daripada ahli yang menghadiri persidangan agung tahunan Kriket Melayu di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mei 2011.PEMBANGUNAN kriket di Malaysia bergerak dengan lebih meyakinkan apabila pemain yang berkeyalakan akan terdedah kepada penempatan permainan di luar negara bermula akhir tahun ini.

Menepati hasrat serta impian yang diumumkan sewaktu persidangan agung tahunan tahun 2004, Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid akan memastikan sekurang-kurang empat pemain akan mula dihantar ke luar atas tajaan sepenuhnya.

Presiden Kriket Melayu ketika itu, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman mahukan pemain-pemain yang didapati berkemampuan menyambung pendedahan dan bermain di luar negara selepas melepasti usia 17 tahun.

‘’Saya selaku timbalan baginda ketika itu dititah untuk mengemudi perancangan bagi merangka kesinambungan pemain beraksi di luar negara.

‘’ saya ingin mengumumkan  bahawa persatuan akan menepati amanat Almarhum Tuanku dan saya bersama beberapa anggota kanan persatuan terutama sekali naib presiden, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin berjaya menyediakan tajaan bagi memastikan pelajar kriket dapat berlatih dan bermain di luar negara di samping melanjutkan pengajian secara berterusan,’’ kata Ahmad Sarji sewaktu menyampaikan ucapan pada persidangan agung tahunan 2011 persatuan berkenaan di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mei 2011.  

Dua pelajar kriket dalam perancangan dihantar mengharungi permainan dan pengajian di University of Glamorgan di Wales manakala dua lagi akan bermain separuh masa dalam lima bulan di Perth, Australia.

Beliau turut mengulas bahawa Kriket Melayu memiliki program pembangunan teratur sejak sepuluh tahun lepas dengan penampilan puluhan projek bawah 12 tahun di seluruh negara di samping pembangunan peringkat menengah dengan penumpuan jurulatih kontrak luar negara.

‘’Tidak hanya tersekat di sana, malah pusat prestasi tinggi turut bertambah menjadi tiga iaitu satu lagi pertambahan apabila Universiti Teknologi Mara atau UiTM sudah menjalin kesepakatan menerusi perjanjian persefahaman pada 25 Februari lalu. Kini pelajar kriket boleh mengharungi pengajian sambil bermain di tiga institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia dan University College of Technology & Innovation,’’ katanya.
 
AHMAD SARJI bersama sebahagian daripada ahli yang menghadiri persidangan agung tahunan Kriket Melayu di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mei 2011.
AHMAD SARJI bersama sebahagian daripada ahli yang menghadiri persidangan agung tahunan Kriket Melayu di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mei 2011.
 
YANG DIPERTUA Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama setiausaha persatuan berkenaan, Rosmanizam Abdullah merakamkan bukti kedua-dua memakai jam sama pada persidangan agung tahunan persatuan itu di Bayuemas Oval, 29 Mei 2011.

KAKITANGAN Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang juga ahli Persatuan Kriket Melayu Malaysia bergambar di Bayuemas Oval selepas persidangan agung tahunan pertubuhan berkenaan pada 29 Mei 2011. Dari kiri, Marzuki Yusoff, Fauze 'Faubon' Taha, A. Razak Din, Nordin Jonid, Zainuddin Taib @ Din Jerman dan Rosmanizam Abdullah.