Kelab PJ tersingkir daripada Kriket Elit Bawah 12

KUALA LUMPUR - Kuala Langat dan Bayuemas layak menyertai Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menduduki tangga pertama dan kedua saingan kelayakan di Bayuemas Oval pada 21 Mei 2011.

Mangsa kelayakan itu ialah Kelab PJ setelah tumbang kedua-dua perlawanan.

''Kami terlalu hampa kerana tidak pernah dalam sejarah pembabitan sejak tahun 1999, Kelab PJ dinafikan penyertaan,'' kata pengelolanya, Sri Murigak Madhavan.

Pusingan kelayakan terpaksa dikendalikan memandangkan hanya lapan pasukan terbaik daripada kalangan pasukan di bawah Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia dibenarkan bertandingan dalam pusingan akhir bermula 7 hingga 11 Jun ini.

Daripada ketiga-tiga pasukan ini, Bayuemas adalah pendatang baru dari Klang.

KEPUTUSAN

Kuala Langat kalahkan Bayuemas dengan 5 larian.
Kuala Langat 94-3 (15 over) Hasif Norhaizan kekal 25, Amirul Rashid Samad 13, Roslan Ismail 11, Ashvand Varma 2-28.
Bayuemas 89-3 (15 over) Ammar Jaafar kekal 36, Nabil Azhar 12, Vimallen Palaniandy kekal 10, Zubaidi Zulkifli 10. Muhammad Redzuan Samad 2-8.

Kuala Langat kalahkan Kelab PJ dengan 86 larian.
Kuala Langat 127-7 (15 over) Amirul Rashid Samad  29, Hafizuddin Abdul Ghafar 26, Roslan Ismail 18, Ainool Haqqiem Md. Yatim 14. Kartegan Sri Murigak 2-22, Sugan Sathiveloo 2-22, Kishern Thiagu 2-28.
Kelab PJ 41- 9 (15 over) Tharvind Surinder 3-1, Hafiz Aiman Rozaidi 2-14.

Bayuemas kalahkan Kelab PJ dengan 7 wiket.
Kelab PJ 65-6 (15 over) Kartegan Sri Murigak 13. Zubaidi Zulkifli 2-12, Ashvand Varma 2-15.
Bayuemas 69-3 (10 over) Zubaidi  Zulkifli kekal 20, Ikhwanshah Maskuri 17, Ammar Jaafar 16, Sanjhay Subanantha 2-11.