Kriket Twenty20 UKM - Hari Ke-5

UKM tepati ramalan juara Kriket Twenty20

BARISAN JUARA... Pemain dan pegawai UKM meraikan kejayaan mereka merangkul Piala Menteri Pengajian Tinggi pada Kriket Twenty20 UKM setelah membelasah UIAM dengan tujuh wiket dalam babak akhir di UKM Oval, 15 Mac 2009. - Gambar HAZRIN YEOB MEN SHAHBANGI, 15 Mac  - Beraksi di gelanggang sendiri seakan-akan  memberi tuah buat Universiti  Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila merangkul Piala Menteri Pengajian Tinggi pada Kejohanan Kriket Twenty20 UKM selepas menewaskan  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  dengan tujuh wiket dalam saingan mendebarkan di UKM Oval, Bangi hari ini.

Perlawanan yang dijangka bermula seawal pukul  10 pagi itu terpaksa dilewatkan kerana keadaan  padang yang sedikit becak akibat hujan pada sebelah  pagi tetapi ia tidak mematahkan semangat pemain UKM yang terdiri daripada sebahagian besar barisan pelapis kebangsaan.

Perancangan UIAM untuk memukul terdahulu setelah memenangi undian ternyata menjerat pasukan sendiri berikutan angka yang dikumpulkan skuad yang rata-rata dibarisi pemain luar negara. Skuad berkenaan cuma melakukan 109 larian dalam 19.1 over.
 
Pemukul UIAM, Mirza Nimmer Beg mengetuk  46 larian diikuti Mohd. Naleef dengan 16 larian manakalan  Zovier Morshed mengumpul 10 larian. Pembaling kidal UKM, Shahrulnizam Yusof  bergaya memutar di lapangan tengah dengan analisis serbuan, 5-18 yang kemudiannya dipilih pemain terbaik perlawanan akhir.
 
UKM tidak tertekan apabila tiba giliran mereka  memukul sebaliknya cemerlang apabila mengatasi lawan, 110-3 dalam 11.5 over sekali  gus muncul juara.

Aminudin Ramly menyumbang 35 larian untuk UKM diikuti Ahmad Faiz M. Noor dengan 26 larian  tanpa tewas manakala  Faizal A. Hassan, 24. 
 
Jurulatih UKM, Haris Abu Baker berkata, walaupun sudah memenangi dua kejuaraan  dalam  tempoh sebulan barisan pemainnya berharap dapat merangkul kejuaraan tambahan dalam masa terdekat ini.
 
“Kami mahu menjuarai Kuala Lumpur sekali gus merangkul Trofi Datuk Bandar,” katanya  semalam.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga semalam,  Universiti Multimedia Malaysia  (MMU) mengalahkan Universiti Pertahanan  Nasional Malaysia (UPNM) dengan dua wiket.


KEPUTUSAN BABAK AKHIR:
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan7 wiket.
UIAM 109 (19.1 over) Mirza Nimmer Beg 46, M. Naleef 16, Zovier Morshed 0. Shahrulnizam Yusof 5-18, Syazrul Ezat Idrus 2-19.
 
UKM 110-3 (11.5 over) Aminudin Ramly 35, Ahmad Faiz M. Noor kekal 26, Faizal Abu Hassan 24.
 
Pemain terbaik babak akhir: Shahrulnizam Yusof (UKM)

BARISAN JUARA... Pemain dan pegawai UKM meraikan kejayaan mereka merangkul Piala Menteri Pengajian Tinggi pada Kriket Twenty20 UKM setelah membelasah UIAM dengan tujuh wiket dalam babak akhir di UKM Oval, 15 Mac 2009.

BARISAN JUARA... Pemain dan pegawai UKM meraikan kejayaan mereka merangkul Piala Menteri Pengajian Tinggi pada Kriket Twenty20 UKM setelah membelasah UIAM dengan tujuh wiket dalam babak akhir di UKM Oval, 15 Mac 2009. - Gambar HAZRIN YEOB MEN SHAH

 

PEMAIN TERBAIK... Pemutar kidal UKM, Shahrulnizam Yusof keriangan setelah meranapkan lima wiket lawan dalam perlawanan akhir 5 Mac 2009.

PEMAIN TERBAIK... Pemutar kidal UKM, Shahrulnizam Yusof keriangan setelah meranapkan lima wiket lawan dalam perlawanan akhir 5 Mac 2009. - Gambar HAZRIN YEOB MEN SHAH