Kuala Langat mahu benam pasukan dalam pusingan kelayakan

PEGAWAI Pelajaran Daerah Kuala Langat, Abdul Talib Hamid bersedia untuk memukul bola kriket sewaktu merasmikan sesi latihan pusat Kriket Melayu di Kuala Langat pada 9 Mei 2011.BANTING - Kuala Langat bersedia bagi meneruskan penguasaan untuk bersaing dalam pusingan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan mulai 7 Jun ini sekali gus memenangi pusingan kelayakan pada 21 Mei ini di Bayuemas Oval, Klang.

Penyelaras pasukan bawah 12 Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Kuala Langat, Jacob Mathews berkata, pasukannya yang akan bersaing dengan Kelab PJ dan Bayuemas (Klang) akan memastikan kecemerlangan terutama sekali untuk mengetepikan dua lawan berkenaan.

''Sesi latihan berkelompok yang dikendalikan oleh jurulatih Kriket Melayu dari Sri Lanka, Sujeewa (Gunaratne) sepanjang minggu ini di Banting akan dimanfaatkan sepenuhnya,'' kata Mathews; bekas guru popular yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Baling Malaysia.

Dalam sesi latihan yang membabitkan empat sekolah; SK Bukit Changgang, SK Bandar, SK Seri Lanang dan SK Banting, seramai 108 murid menghadirinya.

Sesi latihan berkenaan yang dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Abdul Talib Hamid adalah proses pemantauan oleh jurulatih Kriket Melayu ke atas semua pusat Program Pembangunan Kriket Remaja di seluruh negara.

Abdul Talib yang juga peminat kriket berterima kasih kepada program meluas Kriket Melayu di samping sokongan penuh Kementerian Pelajaran yang bekerjasama dengan persatuan itu membangunkan kriket daripada peringkat akar ubi hinggalah program menengah.

Mathews amat berbangga dengan program kendalian Kriket Melayu yang menggerakkan pembangunan daripada kalangan murid bawah 12, menengah dan membentuk pasukan prestasi tinggi di Institusi Pengajian Tinggi seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

''Ramai pemain nasional buat masa ini kelahiran Kriket Melayu dan barisan ini diasuh hingga membarisi skuad utama negara,'' katanya.
 
PEGAWAI Pelajaran Daerah Kuala Langat, Abdul Talib Hamid bersedia untuk memukul bola kriket sewaktu merasmikan sesi latihan pusat Kriket Melayu di Kuala Langat pada 9 Mei 2011.
PEGAWAI Pelajaran Daerah Kuala Langat, Abdul Talib Hamid bersedia untuk memukul bola kriket sewaktu merasmikan sesi latihan pusat Kriket Melayu di Kuala Langat pada 9 Mei 2011.