Sri Lanka masih kuasai kejohanan

BARISAN Sri Lanka meraikan kejayaan mengekalkan kejuaraan bagi tahun keempat berturut-turut pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 10 April 2011. KUALA LUMPUR - Sri Lanka mempertahankan kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan lapan wiket ke atas Afrika Selatan di Bayuemas Oval, Klang semalam (10 April 2011); sekali gus menyimpan Trofi Tuanku Ja'afar bagi empat tahun berturut-turut sejak tahun 2008.
 
Perlawanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang dipendekkan kepada 38 over berikutan hujan pada waktu pagi tidak langsung memberi kelebihan kepada Afrika Selatan yang memenangi undian dan bertekad untuk menghimpun larian.
 
''Kami kehilangan dua wiket awal dan seterusnya empat lagi terhenti pukulan pada kedudukan 41. Dengan enam wiket diranapkan, corak pemainan terpaksa ditukar dan kejayaan mengumpulkan 116 larian adalah bonus walaupun angka ini tidak menjamin kejuaraan,'' kata ketua kontinjen Afrika Selatan, Ismail Teladia.
 
Sesi mengejar 117 untuk menguasai kejohanan digerakkan dengan baik dan Sri Lanka cuma kehilangan dua wiket awal tetapi Pathum Madusanka (kekal 36) dan Sithara Ginham (47 tanpa tewas) menamatkan saingan dalam 25 over.
 
''Kami berbangga dapat mempertahankan kejuaraan dan akan mengekalkan kegarangan setiap tahun penyertaan,'' ketua kontinjen Sri Lanka MTA Rauf.

 
KEPUTUSAN BABAK AKHIR
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 8 wiket.
Afrika Selatan 116 (37.2 over) Chad Muller 29, Jay Stevens 27, Matthew Christensen 15, Warrick Rhode 12,
Abdu Dayyangaliem 10. Duleepa Akash Senarathna 4-17, Pathum Madusanka 3-20.
Sri Lanka 118 -2 (25 over) Sithara Gimhan kekal 47, Pathum Madusanka kekal 36, Dineth Thimodya 18.
Pemain terbaik babak akhir:
Duleepa Akash Senarathna (Sri Lanka)
Pemain terbaik kejohanan: Pathum Madusanka (Sri Lanka)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL); Sri Murigak Madhavan (SEL)
Pencatat: Fauzi Ariffin (NS)

BARISAN Sri Lanka meraikan kejayaan mengekalkan kejuaraan bagi tahun keempat berturut-turut pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 10 April 2011.

BARISAN Sri Lanka meraikan kejayaan mengekalkan kejuaraan bagi tahun keempat berturut-turut pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 10 April 2011.