Afrika Selatan mara ke babak akhir

KUALA LUMPUR - Afrika Selatan memastikan tempat ke perlawanan akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan satu wiket ke atas Malaysia di Bayuemas Oval, pada 9 April 2011.
 
Bermula dengan baik dengan kedudukan 70-2 dalam 10 over awal, pemukul Malaysia tidak dapat meneruskan keberkesanan di lapangan tengah apabila menamatkan pukulan setakat 156 larian dalam 33.1 over.
 
Ternyata impian untuk menang dalam perlawanan terakhir musnah sama sekali sesudah aksi kental Matthew Christensen mengumpulkan 71 larian sukar dinafikan oleh barisan pembaling Malaysia. Afrika Selatan memintas angka Malaysia dalam over terakhir.
 
Pemain serba boleh, Wafiq Irfan Zarbani bergaya mengetuk angka tertinggi bagi Malaysia dengan 46 larian manakala Faiz Ahmad Nasir dengan 28.
 
''Kami akan memastikan pertemuan menarik dalam babak akhir menentang Sri Lanka kelak,'' kata ketua kontinjen Afrika Selatan, Ismail Teladia.

 
KEPUTUSAN:
Afrika Selatan kalahkan Malaysia dengan 1 wiket
Malaysia 156 (33.1 over) Wafiq Irfan Zarbani 46, Faiz Ahmad Nasir 28, Pasha S. Ali 23.
John-Joshua Bowers 5-19, Robin Kriel 3-16.
Afrika Selatan 157-9 (39 over) Matthew Christensen 71, Tawfeeq Moos 16, Jay Stevens kekal 14,
Robin Kriel 14. Faiz Ahmad Nasir 2-12, Azwar Tajri 2-28, Danial Emir Eizzat Fzulkifli  2-29.
Pemain terbaik: Matthew Christensen (Afrika Selatan)
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS); Sri Murigak Madhavan (SEL)

BABAK AKHIR - 10 APRIL
AFRIKA SELATAN lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)