Sri Lanka hanya atasi Afrika Selatan dengan 3 wiket

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka memastikan tempat ke babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menewaskan Afrika Selatan dengan tiga wiket di Bayuemas Oval pada 8 April 2011.
 
Penentuan sebuah lagi pasukan untuk bersaing dalam babak berkenaan ditentukan 9 April apabila tuan rumah, Malaysia bertemu Afrika Selatan. Apa pun peluang Afrika Selatan untuk mara dilihat cerah kerana memiliki purata larian bersih tinggi berbanding Malaysia.
 
Afrika Selatan yang mengumpulkan 143 larian memastikan Sri Lanka cemas terutama pada angka 118-7  sebelum gandingan Sahan Arachchige (31 tanpa tewas) dan Jonathan Canderamanpulle (kekal 20) membawa skuad juara itu mengatasi lawan pada over 36.5.
 
''Kami akan berehat sehari sebelum berjuang mengekalkan kejuaraan Ahad ini,'' kata Setiausaha Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka, MTA Rauf.
 
KEPUTUSAN
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 3 wiket.
Afrika Selatan 143 (39.1 over) Chad Muller 41, Robin Kriel 21, Matthew Christensen 18, Abdu Dayyangaliem 13. Duleepa Akash Senarathna 5-7.
Sri Lanka 145-7 (36.5 over) Sahan Arachchige kekal 31, Jonathan Canderamanpulle kekal 20, Sithara Gimhan 18, Madhawa Nimesh 15, Lasith Lakshan 12, Pathum Madusanka 12, Imesh Lakkana Jayasekara 10. Robin Kriel 2-19, Jesse Christensen  2-23.
Pemain terbaik: Duleepa Akash Senarathna (Sri Lanka)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL); Hafiz Zaman Huri (NS)

JADUAL 9 APRIL
MALAYSIA lwn AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)