Malaysia hampir lakukan kejutan

PEMUTAR Malaysia, Danial Emir Eizzat Fzulkifli hampir memerangkap pemain Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 7 April. - Gambar IZHAM JAAFARKUALA LUMPUR - Malaysia terlepas peluang untuk merangka kejutan apabila kalah tipis dengan tujuh larian kepada Sri Lanka dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 7 April 2011.

Apabila permainan hanya dihadkan kepada 29 over kerana hujan membasahi padang pada sebelah pagi, Malaysia memaksa pelawat memukul terdahulu untuk hanya mengumpulkan 136 larian untuk lapan wiket dalam peruntukan penuh.

Pemukul kelima Madhawa Nimesh yang banyak diberi ruang kosong bergaya dengan 40 larian walaupun berhadapan ketegangan di lapangan tengah.
Malaysia bermula baik walaupun kehilangan dua wiket pada kedudukan 25. Keserasian Pasha S. Ali (49 larian) dan Faiz Ahmad Nasir (17) membayangkan skuad negara mampu menghampiri sasaran tetapi kemampuan tuan rumah tersekat hanya dengan tujuh larian.

''Peluang ke babak akhir musnah sama sekali walaupun harapan terbuka luas hari ini (7 April) Apa pun kami akan memastikan aksi terbaik dalam pertemuan terakhir Sabtu ini menentang Afrika Selatan,'' kata pengurus negara, Mohsain Hashim.


KEPUTUSAN:

Sri Lanka kalahkan Malaysia dengan 7 larian.
Sri Lanka 136-8 (29 over) Madhawa Nimesh 40, Imesh Lakkana Jayasekara 26, Lasith Lakshan 19.
Malaysia 129-8 (29 over) Pasha Syafiq Ali 49, Faiz Ahmad Nasir 17, Azwar Tajri 16. Geeshath Panditharatne 3-31,Pathum Madusanka 2-31.
Pemain terbaik: Madhawa Nimesh (Sri Lanka)
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL); Sri Murigak Madhavan (SEL)

JADUAL 8 APRIL:
AFRIKA SELATAN lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

PEMUTAR Malaysia, Danial Emir Eizzat Fzulkifli hampir memerangkap pemain Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 7 April. - Gambar IZHAM JAAFAR

PEMUTAR Malaysia, Danial Emir Eizzat Fzulkifli hampir memerangkap pemain Sri Lanka dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 7 April. - Gambar IZHAM JAAFAR