Afrika Selatan atasi Malaysia dengan lapan wiket.

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima kelahanan kedua apabila tersungkur dengan lapan wiket kepada Afrika Selatan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 6 April 2011.

Pasukan negara yang memilih untuk memukul sesudah memenangi undian ternyata melakukan percaturan salah apabila kehilangan lima wiket dalam sebelas larian. Tambah tertekan lagi dengan kedudukan 37-8 seolah-olah aksi pemukul negara di tahap mengaibkan di lapangan tengah.

''Kami terpaksa menyerah dengan hanya menghimpun 55 larian. Baki dua lagi perlawanan perlu diselesaikan dengan harapan dapat menghimpun angka meyakinkan,'' kata pengurus Malaysia, Mohsain Hashim.

Afrika Selatan memburu matlamat hanya 11 over dengan Robin Kriel dinamakan pemain terbaik berdasarkan balingannya meranapkan 5 wiket Malaysia.


KEPUTUSAN:

Afrika Selatan kalahkan Malaysia dengan 8 wiket.
Malaysia 55 (21.4 over) Danial Emir Eizzat Fzulkifli 12, Wafiq Irfan Zarbani 11. Robin Kriel 5-14, Michael Cohen 2-1.
Afrika Selatan 58-2 (11 over) John-Joshua Bowers kekal 31, Matthew Christensen 13.
Pemain terbaik: Robin Kriel (Afrika Selatan)
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS); Faizshal Niaz-Lyn (KL)

JADUAL 7 APRIL:
SRI LANKA mln MALAYSIA

(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)